Seoul:Accomodation

Maafla...tertunda-tunda saya punya post. Banyak kerja. Plus badan tak sihat. Raja asyik bagi hint dah 'berisi' ke? Saya buat dunno jer...Tak faham kenapa dia sangat excited. Sedangkan dia dah ada sorang anak tu...Padanla ramai B2B yang slow blogging bila dah kahwin. Banyak gila tanggungjawab. Well saya dah jadi seorang ibu. Dan budak kecik tu la permata hati sekarang. Ok..Sekarang fokus untuk post.

Untuk accommodation, Raja book Kimchee Guest House kat Dongdaemun. Raja cakap dia book through Agoda. The price about RM800/- untuk twin bed per room for 6 nights. Untuk gambar-gambar hotel boleh refer to link kat bawah

Kimchee Guesthouse Dongdaemun

Masa sampai pagi tu, mengikut direction yang diberi oleh Robin, saya tak sangka la senang nak jumpa tempat ni. Walaupun agak panik sebab location guesthouse ni kat lorong, yang mempunyai deretan kedai makan, tempat urut, dan pub, tapi dari luar kelihatan guesthouse sangat selesa.

Bila masuk, Robin suruh kitaorang tinggalkan beg kat tingkat 1. Nak tau sebab apa?Sebab reception desk kat tingkat 5! Jadi nak naik bawak beg sampai tingkat 5 adalah sangat mustahil.Dan pergi ke tingkat 5 tu hanya la untuk ambil kunci.

Walaupun check-in time pukul 3pm, tapi Robin bagi kitaorang check-in awal. Awal tu seawal 10 pagi. Dan of course no extra charge. Dan Robin pun menunjukkan bilik kami...

Well...how should I start. Usually korang mestila berimaginasi yang kalau honeymoon bilik hotel mesti la best. Mestila besar, mestila berbunga-bunga. Unfortunately Raja cakap hotel kat Korea mahal. So hanya mampu guesthouse je. Tapi saya tak komplen. Sebab katil sempit = tido rapat-rapat, cuaca sejuk = tido rapat-rapat, yang penting ada bath tub. Hehehe...

Sebenarnya nak cakap yang bilik tu SANGAT KECIL!!!!!!!!! Macam sebesar twin bed, pastu ada laluan selebar pintu sahaja. Saya rasa bilik tu dengan bilik air macam sama besar. Korang bayangkan.....Hehehehe...Tapi sangat selesa. Tilam empuk. Sangat bersih. Bilik air pun bersih. Air panas. Apa yang diperlukan lagi?

Specifically, guesthouse ni located kat Dongdaemun. Sebab Kimchee guesthouse ada banyak branch. Dongdaemun ni kononnya tempat shopping wholesale terbesar kat Korea. Tapi bukan taste saya tempat shopping tu. Guesthouse ni dekat dengan airport limosin bus stop. Which is quite convenient kalau transport utama kita di sana ialah public transport. Selain tu station subway pun sangat dekat. Jalan kaki tak keluar peluh pun. Dia dekat dengan station Jong-no 5 ga atau station  Dongdaemun (nanti saya ajar macam mana nak naik subway ok!). Yang paling penting, dekat dengan tempat-tempat yang saya nak pergi.

Tapi....... tak dekat dengan tempat makanan Halal.Unfortunately.....Hihihihi.....

So overall sepanjang penetapan selama 6 malam tu saya sangat berpuas hati dengan servis, layanan, dan keselesaan Kimchee Guesthouse Dongdaemun. Sape-sape nak pegi Seoul, boleh consider stay kat tempat ni.

XoXo: Firuz

P/s:rasa-rasanya saya patut beli pregnancy test atau jumpa doktor terus?



2 comments:

  1. excitednye nak ada baby

    :)

    ReplyDelete
  2. wah.. try beli kit dulu dear.. nanti kalau +, double check ngan doc.. :)

    ReplyDelete