Tajuk macam bagus...hahaha...Biasa la bulan puasa blog pun puasa. Saya tengah sibuk prepare untuk majlis pertunangan jiran sebelah rumah. Pakcik sebelah cakap tak mau lebih 2K.
Dah tu si anak terpaksala bebajet-bajet. Event planner pun terpaksa perah otak supaya 'fit' that bajet.
For time being tengah siapkan baju dia. Dia beli kain satin biasa dalam RM6/- per meter. Dia tempah baju kurung moden pendek dekat tempat kawan saya RM30/- tanpa lining. Sekarang saya tengah jahit border lace untuk dia. Teaser kat bawah.
Warna dia coklat kelabu. Tapi warna border lace coklat. Border lace ni saya beli dengan harga RM14/- semeter. Letak kat bawah baju and pergelangan tangan.
So total untuk baju RM68/-. So ada balance RM32/- je untuk tudung dan veil.Huhuhu...huhuhu... tercapai ke matlamat 2K?
Benda yang kena fikir lagi ialah doorgift, makanan, pelamin, khemah dan hantaran... Harap - harap tak de lagi yang missing...
Kepada Pakcik,
Saya buat apa yang terdaya untuk memenuhi hasrat 2K pakcik..(macam la pakcik baca blog..hahaha)
XoXo: Firuz
wahhh..mencapai misi below 2k :D bagus la awk ni! :)
ReplyDeleteBaju tu sikit je...blum lagi makanan n khemah n hantaran...
Delete