Tunang: Progress

Penat rupanya handle majlis secara full. Selama ni ala-ala kadar. Bila full rasa tertekan pula. Sekarang ni saya handle majlis pertunangan jiran sebelah yang mahu hanya 2K, majlis pertunangan sendiri yang kecil-kecilan dan juga dress untuk anniversary photoshoot. Alhamdulillah bulan Ramadhan ni ada rezeki.

Focus balik untuk majlis pertunangan saya. Saya cuba meng-convince-kan ibu dan ayah tentang konsep saya. Ayah asyik pesan ala kadar aje tak de majlis-majlis. Ye saya faham ayah. Saya cakap dengan ibu saya nak cotton-vintage + malay style. Habis adik-beradik perempuan, saya paksa pakai baju cotton masa raya. Nak jimat punya pasal...

Inspirasi saya macam ni...


Sweetkan-sweetkan? Hahaha..perasan...Harap-harap menjadi la impian saya.

XoXo: Firuz



No comments:

Post a Comment