Oooh...Excitednya Saya!

Okeh. Ada dua benda yang buat saya terlebih excited. First sekali malam ni ayah panggil Raja datang rumah untuk berbincang pasal tarikh nikah. Orang sekarang dah tak macam dulu-dulu. Bincang dulu baru majlis. Hehehe....

Ayah menyatakan hasrat yang tak mahu saya di ikat tunang lama-lama. Max 3 bulan. Dah agak dah...Saya tak kisah. Sebab ayah mahu protect anak perempuan dia nih...Kalau ikut masa merisik, kitaorang patut tunang September ni. Kalau September tunang maksudnya Disember la kahwin...Hohoho..hoho...Raja mengerti apa yang ayah cuba sampaikan. 

Raja memberitahu ayah yang dia tak perlukan majlis besar-besaran sebab ini adalah kali kedua dia bernikah. Tapi sebab nak menghormati saya, dia tak kisah kalau saya nak buat majlis besar-besaran. Tetiba Ibu pula menyampuk yang dewan di Putrajaya fully book Disember. Kena 2013 juga. Haha..haha...Ibu memang sangat obses dengan Dewan Putrajaya. Dia dah cakap awal-awal nak buat majlis saya di dewan Putrajaya. Saya ikutkan jer...Tak kisah...

So ayah cakap kalau macam tu lambatkan tunang. Raja tak kisah pun kalau tak tunang. Tapi dia cakap saya sangat excited nak buat majlis tunang. Yerla... tenggok B2B tunang pakai lawa-lawa...saya pun nak...Mungkin ayah kesian tengok muka saya yang menagih simpati...ayah cakap kalau macam tu nikah jer la...Dalam hati sangat girang!

Ibu cakap TAK BOLEH! Dewan fully booked! Hihihi...hihihi...Ibu dan dewan Putrajaya....Ibu membebel kat ayah buat tu biar proper...Puji Raja yang Raja orang baik. Takkan buat benda yang tak senonoh kat saya. Amboi!  Backup bakal menantu pulak Ibu ni...

Ayah surrender. Ayah cakap majlis dalam bulan March atau April. Bergantung kepada availibility dewan Putrajaya. Saya bersyukur jer...Tengok kemanjaan Ibu dan ayah plus Raja sangat meng-happy-kan saya.

Sudah tu saya pergi ke kedai sekejap. Nak topup manik yang dah habis. Ternampak majalah ni..


Cuba tengok veil isteri Aaron...Full lace.Macam saya punya veil nikah...Tapi dia punya mungkin lace mahal kot. Saya punya yang murah jer....Maka bertambah excited la saya.See? Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Thank You Allah!

XoXo:Firuz

4 comments:

  1. wahh.. bestnya wat majlis kat dewan putrajaya.. dewan kat sana semuanya cantik2..:))

    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu saya yang nak buat kat situ. Lagipun ibuayah duk bangi jer..

      Delete
  2. kan..ada hikmah pada setiap apa yg berlaku kan :))

    ReplyDelete