Seawal jam 5 pagi saya dah membuka mata.Adik perempuan yang susah nak bangun pagi pun dah terpacak depan pintu pukul 5.30pagi. Hari ni saya ambil cuti nak pergi big bad wolf. Lepas subuh terus menuju ke Mines Convention Centre.Sepanjang perjalanan sangat smooth. Sampaila dekat traficlight depan Mines, kerete dah berpusu-pusu beratur nak masuk parking. Bayangkan baru pukul 6.30 pagi dah berderet kereta. Parking pun saya nyaris-nyaris dapat.
Pukul 6.45 pagi dapat dah masuk dewan.Nampak semua orang bawa troli bag.Saya dan adik hanya bawa 2 eco-bag.Semangat betul diorang ni.Saya dah berpesan kepada diri,sekiranya tak ada buku yang di cari saya tak akan beli.'Berpesan' je. Ending up saya beli buku sampai RM240.
Buku-buku disana kalau novel semua bawah dari RM8.So korang cuba la fikir berapa banyak buku saya beli?
Tak sempat ambil gambar.Sebab macam excited terlampau.Lupa dah asal usul.Yang saya tau pukul 10 pagi baru saya habis shopping buku.Itu pun mungkin sebab lapar kot.Next post saya tunjukkan buku-buku yang saya beli.
Buku yang ada kat sana semua kebanyakannya yang lama.So ada tajuk yang saya tak dapat cari. Lepastu cara dia susun pun menyebabkan saya rambang mata.Yang pasti kena pergi masa tak ramai orang.Kalau tak tak fokus.
Ada jugak komik jepun dalam bahasa Inggeris.Tak lupa juga novel melayu.Tapi adik perempuan saya kata tajuk dia kebanyakan yang lama. Entah la.Saya tak tahu sangat.
So ulat-ulat buku sila pergi kalau berkesempatan.Sampai 23hb.
XoXo:Firuz
No comments:
Post a Comment