Mula-mula nak minta maaf. Sebab tak sempat nak reply komen-komen korang. Hari ni baru sempat terjah blog unuk blog walking dan sebagainya. Yer la kan.. saya ni bukan setakat bride to be. Mom to be sekali. So macam terkejar-kejar masa begitu.
Saya ni tak tahu la nak luahkan macam mana. Saya pernah minat kat orang tapi tak pernah bagi tau. Pernah tunang dengan orang, tapi sebulan sebelum majlis dibatalkan pernikahan, dan sekarang nak berkahwin dengan duda anak satu.
Ibu pernah tanya, saya ni betul-betul ke nak kahwin. Saya jawab, "Nak kahwin la ni,". Mungkin Ibu risau sebab tengok saya macam buat tak kisah. Tapi sebenarnya saya sangat kisah. Kalau korang tengok buku nota saya, penuh dengan contact bridal, hasil survey-survey harga saya, dan macam-macam lagi. Saya sangat bersungguh-sungguh to make the wedding perfect. Tapi kenapa lagak saya macam orang tak berperasaan?
Makcik pun pernah menegur. Even adik sepupu saya pernah tanya, "Akak cintakan abang F**** tak?".
Secara terus-terangnya saya tak ada la MINAT tahap max terhadap Raja masa first saya jumpa dia. Even masa mak Raja masuk minang saya tak ada la perasaan seperti saya dengan X-tunang saya. Kalau ikutkan perasaan tu biasa-biasa jer. Tapi saya ikutkan aja sebab si kecik tu. Saya sayang si kecik tu lebih dari Raja. Masa keluarga Raja hantar tanda, saya bernekad untuk mencari space kat hati ni untuk Raja. Sebab saya baca blog-blog bride to be, kebanyakannya sangat sayang dekat tunang masing-masing. Kalau tengok gambar, kat mana-mana aje berdua. So macam jeles jugak la..Tapi macam risau jugak. Sebab kenapa saya tidak seperti yang lain. Tapi tiap-tiap kali nak bermanja-manja begitu, saya rasa janggal atau tidak patut. Jadi terus la cancel niat nak bermanja-manja tu.
Saya dengan Raja ber-dating jugak. Tapi jarang berdua. Selalunya ber-tiga. Lagi-lagi tahun ni budak kecik tu dah tinggal sini. So memang sentiasa ada je la dia. Weekend lepas kami ber-dating lagi..Macam biasa la budak kecik suka nak manja-manja dengan saya. Masa kami tengah lepak-lepak kat taman, Raja cakap, "Adik ni, bagi la mama kat ayah pulak. Asyik adik sorang je peluk mama,"
"Ayah ni, mama adik punya. Ayah tak boleh,"
Raja buat muka merajuk. Saya tak tahu nak buat expresi apa. Hanya senyum simpul..
"Ayah nak mama ke?nak?nak?"
"Mesti la nak!Adik yang tak bagi," Raja buat merajuk lagi.
"OK..tapi sekejap je tau..nanti adik nak tido dengan mama,"
Pada ketika itu saya rasa bahagia. Dengan telatah 2 budak ni. Walaupun saya tak mampu dah nak berkata-kata. Tapi dalam hati sangat berbunga. Sayangnye mereka kepada saya. Yang paling tak sangka sekali Raja. Sebab dia tu serius je memanjang. Bila buat lawak macam tu, macam comel jer..
Waktu tu bertambah yakinlah saya untuk meneruskan jalan ini. Harap diredhai Allah SWT.
XoXo:Firuz
arghhhh... sweet nyeee si kecik tu..... :)
ReplyDeleteInsyaaLLah..
ReplyDeleteSya doa yg terbaek utk kamu!
tp bg Sya, bkn sng nk cr org yg betoL2 syg kite. so bLE da jmpe, appreciate ye.
I believe he is far greater than ur ex. Wishing u a blast wed and awesome after-married-life =)
jodoh itu rahsia Allah....ambil lah orang yang lebih menghargai diri kita tak kisah lah dia duda ke yang pasti kita bahagia daripada kita ambil orang yang kita sayang tapi dia tak hargai kita...
ReplyDelete