Showing posts with label Cake/Recipe. Show all posts
Showing posts with label Cake/Recipe. Show all posts

Resepi: Ikan Bakar Ala Firuz

Saya tengah mencuba-cuba menjadi seorang isteri. Seorang isteri mesti MEMASAK. So try la masak sarapan and balik kerja pun memasak. 

Dapat satu resepi yang on the go lagi.

Ikan cencaru bakar. Tak la resepi sangat. Senang je. Ikan cencaru yang dah disiang, diletak dalam kuali. Tak kisah la kuali lengkung ke flat ke. Campur air dengan asam jawa, tapis dan campurkan sedikit garam. Tuang air ke dalam kuali. Dan panaskan bersama ikan. Kalau air dah kering tambah air. Sampai ikan masak. Terbalik kan ikan. Bila dah masak panaskan sampai ikan terbakar sikit.

Untuk kuah dia, saya hiris bawang besar,cili padi, dan perahkan limau kasturi, dan campurkan dengan kicap manis masin.

Tak lama nak masak ni. Sekejap je..So sesuai untuk isteri yang bekerja...

XoXo:Firuz

Resepi:Nasi Ayam

Hari ni dapat masak nasi ayam. Saje nak share resepi cara saya. Tak la sesedap kedai kot. Tapi untuk orang yang on the go memang sempurna. Hehehe...

First rebus ayam dengan bawang merah/besar + bawang putih + halia. Tambah garam dan serbuk sup dalam air rebusan. Bila ayam sudah masak, angkat ayam. 

Basuh beras (saya pakai beras basmathi) dan masukkan air rebusan ayam tadi. Untuk warna kuning yang menarik, saya tambah serbuk kunyit. Lepastu masak guna rice cooker.

Ayam yang telah diangkat tadi dicampurkan dengan kicap manis + kicap masin + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah. Perapkan seketika.

Untuk sambal dia, blender cili merah + cili api + bawang besar + bawang putih + air rebusan ayam tadi + tomato. Bahan yang telah diblender direbus dan campurkan sedikit air asam jawa + garam secukup rasa.

Ayam yang telah diperap, di goreng atau dibakar sehingga berkilat.

Untuk sayur potong timun atau salad. 

Lebihan air rebusan, buat sup. Tumis bawang kecil +bawang putih + buah pelaga + bunga cengkih + bunga lawang. Campurkan air rebusan. Tambah kentang kalau suka. Rebus sehingga mendidih. Tambah garam sekiranya perlu.

Bila semua sudah siap, boleh makan...


XoXo: Firuz

Tips Kecantikkan

Saja nak share. Setelah amalkan saya rasa berkesan juga cara ni. Mungkin b2b lain boleh cuba juga. InshaAllah berkesan kepada anda semua. Saya dapat resepi ni dari b2b juga. Jadi benda yang baik kita sebar-sebarkan.

Untuk mendapat kulit yang cerah dan cantik, gebu sebelum hari gemilang atau bila-bila masa sahaja anda boleh mencuba vitamin E dan Vitamin C. Saya tak tahu jenama apa yang b2b tu pakai, tapi saya beli yang murah jer.

Saya beli ccm punya brand vitamin E (TOCO E). Saya ambil 2 capsul sehari. Saya beli jenama ni sebab jenama ni paling murah. Untuk vitamin C saya beli Flavvets yang campur dalam air. Orang cakap Redoxon lagi elok. Tapi harga dia agak pricey. Kalau ade offer baru murah sikit. Bagi saya tak kisah sangat jenama. Asalkan active ingredients dia sama. 




Masa mula-mula ambil dua supplement ni, rasa macam seksa juga. Yer la tiap-tiap hari kena makan. Lepas tu saya ada masalah dengan vitamin C. Saya ambil 1000mg sekali sehari. Tekak saya rengsa bila minum vitamin C tu. Saya pergi consult doktor. Doktor cakap sebab saya jenis alergic dengan vitamin C tambahan. Jadi dia suruh saya bahagikan dosage 2 kali sehari. Maknanya sekali makan hanya 500mg sahaja. Alhamdulillah dah tak ada dah rengsa tekak. 

Sebulan saya makan dua supplement ni, kulit saya makin lembab. Yang bestnya jerawat dekat dagu dah tak ade. Tu yang best. Ramai juga kawan ofis cakap saya nampak cerah dan muda (okeh...saya dah mula perasan...). Jadi saya rasa dua supplement ni sangat membantu. Lagipun vitamin C bagus untuk immune system. Cuaca sekarang pun tak menentu. Elok kita jaga kesihatan especially bila dah nak dekat-dekat majlis. 

So untuk readers yang nak cuba dua supplement ni boleh try sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. Sebab tak tahukan lain orang lain ragamnya.

Selamat mencuba.Siapa dah cuba boleh kongsi-kongsi story kat sini.

XoXo:Firuz

Entry Khas Untuk Painted Cake Updated!

Entry ni saya tulis sebab entry Zila. Sila click Zila:Wedding Cake Idea

So nak khabar dekat B2B kalau ade siapa-siapa yang teringin fondant painted ni, my uncle ada buat. Saya pernah post dulu. Sila click Painted Cake

Detail dia seperti dibawah


ATAU

Kalau korang nak belajar macam mana nak painted atas fondant may be boleh attend kelas dia. Details seperti di bawah.




Korang boleh call En Zahir sendiri atau ICCA Damansara for further info.

Folk Art Painting on Cake at the International Centre of Cake Artistry (ICCA), Kota Damansara on the 22nd Sept. 2012 (Sat). If you are interested to know more about the class please call 03-6140 8835. Thanks.

So tak mustahil lagi kan nak ada painted cake on your wedding. Harga depends on the cake, corak and berapa tingkat.

Saya pun tak tahu berapa dia caj sebenarnya. Hahaha...haha..sebab kalau saya nak saya suruh jer dia buat...

XoXo:Firuz

Sarang burung orang miskin

Sebenarnya keje berlambak kat ofis ni. Ditambah dengan ofis banjir masa cuti raya lagi penat bila berada kat ofis ni.

Majlis tunang jiran hujung minggu ni. So far pakcik sebelah berpuas hati. Harap majlis berjalan lancar. InshaAllah. 

Sebenarnya hari ni nak share sarang burung untuk orang miskin. Semua pun tahu sarang burung banyak khasiatnya. Dan harga sarang burung boleh tahan jugak. Kalau nak amalkan tiap-tiap hari memang dalam mimpi. 

So kawan ofis pernah bagi tahu yang cendawan putih kering (dried white fungus) mempunyai sama khasiat dengan sarang burung. Cumanya of coz la cendawan putih ni lagi murah. 


So ini lah rupa cendawan putih. So macam mane nak amalkan sup cendawan putih ni? 

First mesti basuh cendawan putih ni bersih-bersih. Lepas dah basuh rebus dalam periuk sehingga cendawan putih kembang dan lembut dan air mendidih. Boleh tambah gula batu untuk rasa manis. Kadang-kadang saya rebus dengan buah lai. Kalau rebus dengan buah lai tak payah campur gula batu. Sebabnya buah lai tu dah manis.

Amalkan kalau boleh setiap hari. Alhamdulillah saya dah amalkan selama sebulan. Hasil dia tak de la obvious sangat. Cuma bagi saya kulit rasa lembut dan nampak segar. Nampak muda tu mesti la..Sebab saya muda lagi...Hehehe...

XoXo:Firuz

Painted Cake Something Different Yeay?

Have you ever seen this, or wanted this for wedding? I'm considering it. 



Tapi ni kat UK. Kat Malaysia only one person yang buat.


Kalau korang tengok update FB dia, terliur jugak tengok kek-kek dia. Anything just buzz him. I'm thinking nak suruh dia quote untuk cupcake.

XoXo:Firuz