Showing posts with label Style. Show all posts
Showing posts with label Style. Show all posts

Dress Maria Elena

Suka dress dia...Tapi saya gemuk...Tak sesuai...



Nanti nampak spare tayar....Sejak kejadian baju kena pinjam hari tu...saya tak fikir pun pasal baju...Ibu dah risau...Saya selalu cakap, Tak apa la, pakai baju biasa-biasa je...konon nak merajuk....

XoXo:Firuz

Review:Flow majlis tunang

Majlis yang tak ada majlis. Yang datang hari tu ialah mak raja, makcik pakcik raja 2 pasang dan sepupu raja. Belah saya hanya Ibu dan ayah, adik-beradik dan pakcik dan makcik kesayangan 1 pasang. 

Majlis start pukul 10pagi rombongan lelaki sampai. Adik saya bacakan doa. Yang kelakarnya dia baca doa nak belajar mula-mula. Sebab dia tengah SPM sekarang. Pastu dah habis baca doa belajar baru baca doa pembuka majlis. Bila ayah tanya kenapa baca doa panjang sangat, dia cakap dia silap baca. 

Ayah saya sangat simple, yang Raja pun xcept jer... So tak sampai 30minit selesai bincang. Antara yang mereka bincang:
- Wang hantaran: yang ni ayah cakap berapa-berapa yang dia mampu. Raja terus bagi figure. Cakap nak buat as maskahwin. Semua orang setuju. Selesai.
- Dulang hantaran/barang hantaran: Ibu sangat simple. Cakap dia nak buat 9 dulang jer. Jadi pihak lelaki terus setuju bagi 7 takkan lebih. Makcik minta serba satu tapi tak kisah harga. Raja cakap okeh. Selesai.
- Tarikh majlis: Raja cakap dia nak buat sekali je sebab dia dah pernah kahwin dulu. Ayah setuju. So ending  nya...Nikah pagi. Ada small reception. Pastu a week after ada reception besar yang dekat dewan Putrajaya Ibu tu...

Yang lain ikut sendiri. So upacara sarung cincin. Masa nak sarung cincin semua orang terkejut. Nak tau kenapa? Kadang-kadang Raja saya ni pelik. Saya punya cincin tunang platinum with diamond dari Diamond & Platinum. Makcik raja terus membebel. Dia cakap ni cincin kahwin ke ape..Ibu gelak jer... Saya ape lagi...Hulur tangan jer la... =)

So Raja cakap cincin kahwin nanti emas kuning. Hahaha....Nak sedapkan hati makcik dia...

Lepas tu makan. NomNom..Nom....Saya yang masak mesti la sedap (perasan). Lagipun FMIL pun puji..Hihihi...

Pukul 1 semua dah balik...dan saya pun guling-guling atas katil berangan....

XoXo: Firuz

Teaser: Royal Engagement

Alhamdulillah. Berjaya gak majlis pertunangan dijalankan. Walaupun hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir dan tak ada la majlis sangat, tapi cukup bermakna buat saya. 

So bagi teaser. Saja nak usik korang.


More to come InshaAllah.

XoXo:Firuz



Progress Reception Dress

Dah lama kan saya tak update wedding? Banyak kerja. Tu yang banyak tangguh. Tambah lagi saya nak siapkan banyak tempahan orang. Yer la...Kena cari duit..

Berbalik kepada dress reception. Saya pernah bagi teaser kan? Punya la payah saya siapkan tudung dan veil dia. Inspirasi Irma Hasmie nikah. Lepas tu adik sepupu nak dress tu.Dia cakap tak pe la dia pakai tudung and veil lain. Saya tak tahu nak cakap ape..Senyum jer...

Semalam makcik saya sendiri tanya Ibu. Saya serba-salah. Ibu cakap tak pe la bagi pinjam dulu. Sebab veil dan tudung kan lain. Orang takkan perasan. Saya dah sedih...Nasib baik saya tak jahit lagi diamond kat baju tu. Okeh..kadang-kadang saya ni jahat sikit. Tak mau share. Kalau saya pakai dulu tak pe...

Mood:Sikit bengang, tapi boleh senyum lagi.. =)

XoXo:Firuz

Kecewa...

Semalam saya rasa sangat kecewa. Tak pernah rasa macam ni. Semua preparation saya buat sendiri. So tinggal makeup dengan pelamin. Saya bercadang nak ambil dari butik pngantin je. Sebabnya kalau hire satu-satu macam mahal je. Especially MUA. Semalam saya pergi dengan Ibu kat bangi. Kebetulan ada dua butik pengantin sebelah-sebelah. Yang satu mak nyah. Satu lagi perempuan betul. Tapi Ibu cakap yang mak nyah ni dah terkenal lama dah. Dari dulu-dulu. 

Biasa la masa kita masuk diaorang layan. Tanya bila majlis. Pastu offer package-package yang diaorang ada. So saya bagi tahula niat di hati. Nak sewa pelamin dan makeup.

Butik 1: 
owner: Kenapa makeup dengan pelamin je? Baju tak nak ke dik?
saya: Baju saya dah siap dah.
owner: Owhh... dik tempah kat designer mane?
saya: Saya buat sendiri. 
Owner memandang saya dengan muka pelik.
owner: Dik tukang jahit ke?
saya: Tak la. Hobi jer..Kenape?
owner:Tak de pape. Cuma baju kat sini glamor sikit. Ada bling-bling. Tambah dengan makeup I meletop!

Butik 2:
owner: Makeup dengan pelamin jer? Baju?
saya: Tak pe. Baju saya buat sendiri.
owner: Kita pon ada servis buat baju baru. Khas untuk you. You nak macam mane pun kitaorang boleh buatkan.
saya: Tak pe-takpe. Baju saya dah ready dah.
owner: Owh..Kita tak de package ni la dik. Selalunya customer ambil dengan baju. Baru serasi dengan makeup and pelamin.

Kecewa sangat...Ada siapa-siapa tahu butik pengantin yang baik hati nak sewa pelamin dengan makeup kat area Putrajaya? Email me please.

Thanks!

XoXo: Firuz

Petua Kempiskan Perut.

Petua la sangat. Tapi kiranya ini adalah attempt yang agak berjaya dari mana-mana attempt yang saya pernah cuba. 

Saya ni tak de la gemuk sangat (sedapkan hati sendiri). Tapi gemuk la juga compare tu masa belajar dulu. So teringin la kurus macam dulu. Tinggi saya 163cm. Berat saya 53kg. Tak gemuk kan? Sebab BMI jatuh paras normal. Tapi dulu bodoh sikit. Nak sangat melidi macam dulu. So sungguh-sungguh kuruskan badan. Konon nak kurang 5kg. Dan ingat masalah utama iaitu perut boncit akan turun kalau saya turunkan berat badan.

Saya makan Herbalife F1. Alhamdulillah saya berjaya turunkanla 5kg tu dalam sebulan. Tapi masalah utama still ada iaitu perut boncit. Google sana...google sini...semua cakap kena buat sit up, jaga cara makan, dan juga jaga pemakanan. Tapi saya ni malas sikit nak buat sit up. Yer la... Nampak senang kan? Tapi susah sangat kot. Ada orang kata lama-lama senang la. Tunggu la bila rasa nak senang buat sit up tu....

Saya ada tanya coach Herbalife. Dia suggest saya ambil tea mix dan Omega 3 Herbalife. Tapi dengan keadaan duit yang sangat ciput sekarang ni, saya terpaksala hold dulu niat nak membeli Herbalife. Saya tak mampu. Tapi kalau anda mampu sila cuba. 

Dengan semangat nak turunkan perut boncit ni, dan ilmu pharmacology, saya membuat hypothesis (setelah research mengresearch yer kawan-kawan).

Hypothesis: Pengambilan Omega 3 boleh kurangkan 'belly' fats.

Theory: Omega 3 ni good fats. Dia tingkatkatkan blood flow dan mengurangkan penyimpanan atau penternakan lemak di dalam badan dengan meransang enzyme yang memetabolizekan fats.

Cara-Cara: 
Satu: Saya makan Blackmore Omega Active. Saya beli kat caring Pharmacy dengan harga RM67/- Saya rasa waktu tu promo kot. Sebab kat Watson jual RM97/-. Dari segi komposisi atau strength EPA dan DHA, Blackmore Omega Daily ni lagi kuat dari Omega 3 Herbalife. Kalau ikutkan Omega 3 Herbalife equal to Blackmore Fish Oil. Tapi disebabkan masa coach tu advise saya dia cakap saya kena makan banyak kapsul, so 2 biji Blackmore Active ni lebih kurang 4 biji Omega 3 Herbalife. Saya ambil selepas makan tengah hari dan selepas makan malam. Disarankan Omega 3 tak boleh diambil lebih dari 3g total satu hari.

Dua: Untuk pagi selepas sarapan saya amalkan teh yang lawaskan perut. Korang boleh jer beli apa-apa brand yang korang mampu. Asalkan original dan di approve oleh KKM okeh...

Tiga: Masa berjalan (kalau ingat la) korang cuba ketatkan perut. Tak kisah la masa tengah shopping ker...Tengah nak pegi toilet ke atau masa berlegar-legar di ofis, cuba jalan sambil ketatkan perut. Tak tahu ketatkan perut macam mana?Dengan tarikkan perut ke dalam mendekati tulang belakang. Entah...Saya pun tak tahu nak terangkan guna perkataan macam mana. Tapi macam tarik nafas la.

Empat: Yang ni cara yang sangat berdisiplin. Sebab kena kira kalori makanan. Sangat lecehkan? Nak buat macam mana.Saya lagi suka kira - mengira dari sit up. Korang nak tahu tak yang nasi satu mangkuk mempunyai kalori yang lebih tinggi dari satu burger McD. Just pegi mana-mana website yang boleh kira keperluan kalori anda. Then setiap kali makan, kira secara ala kadar jer total kalori yang dah masuk mulut. Jangan melebihi kadar kalori keperluan tau. Kalau tak sure makanan tu berapa kalori, just google jer.

Dan akhirnya tawakal la kepada Allah semoga Allah memudahkan segala urusan.

Selamat mencuba!

P/s: Saya bukan berniat nak menjatuhkan bisnes siapa-siapa. Cuma memberikan alternatif kepada orang yang ingin mencuba tapi tak ada bajet macam saya.

XoXo: Firuz



Last Minit Punya keje...

Semalam Raja call cakap baju raya baby girl berlubang. Kesian..Raja cakap malas nak beli baju baru sebab budak bukannya pakai baju kurung sangat pun. So suruh saya alter. Saya terlupa nak snap gambar asal. Separuh jalan baru snap. Mari lihat...


Ni dah separuh jalan jahit. Baru nak snap gambar...


Tujuan tambah beads nak tutup lubang kat leher tu. Panjang lubang lebih kurang 2cm. 


Hasil akhir. Simple je design. Tak mau serabut sangat. Lagipun saya ada dua jenis manik je...

Saya buat jahitan manik ni selama 2 jam setengah. Saya harap baby girl suka. Mama firuz buat dengan penuh kasih sayang tau!

I LOVE U!

Petang ni Raja nak ambil baju ni. Saya harap dia suka juga. Yer la dia sangat sayang dengan anak perempuan yang sorang ni.

XoXo: Firuz

Baju Raya

Mood raya makin menjadi-jadi. Tapi saya tengah cuak sebab baju raya tak beli lagi...Ni semua angkara Ayah la...(Ceh salahkan Ayah pulak!) Mula-mula cakap tak nak balik kampung (rumah nenek). Pastu tetiba cakap nak balik pulak....Waaaawaaa... Saya tak de la nak beli baju raya. Sebab ingat raya kat rumah jer so pakai apa yang ada....Sekarang gelabah nak cari baju raya...Ibu pula bising-bising suruh beli baju raya...

Apa la nasib diri....

XoXo: Firuz

Elie Saab buat saya pengsan...

Daripada dulu saya suka Elie Saab. Memanglah tak se-famous Dior dan sebagainya....Tapi creation dia amat menepati citarasa saya. Setiap ciptaan dia membangkitkan elemen kewanitaan.

Tapi...nak hire dia memang tak la kan..Saya tak mampu lagi...Yang mampu hanya tengok je...sambil berangan-rangan...Hahaha..haha...

Mari kita tengok collection dia...










Semua gambar ni saya ambil dari Wedding Inspirasi. B2B patut follow website tu sebab ada banyak wedding dress yang boleh dijadikan inspirasi. Link : http://www.weddinginspirasi.com

Terliur tak?Saya dah pengsan dah ni...

XoXo: Firuz

Macam mane yer...

Tadi ada meeting...Selepas meeting terus lunch di Tesco Shah Alam sebelum pulang ke ofis...Sambil tu cuci mata tengok baju-baju kurung. Bila pikir-pikir balik lebih baik saya beli baju-baju dah siap ni untuk tunang...Atas sebab baru RM129/-. Baju kurung moden chifon dengan manik dan pearl. Manik dan pearl sangat sarat okeh...

Korang rasa macam mane?Nak ambil gambar mamat bangla tu asyik ikut kiri dan kanan...Rambang mata sudah...

XoXo: Firuz

Rutin Kecantikan

Pagi bangun tidur je minum secawan air masak.

Lepas mandi, solat dan bersiap, minum air teh panas. Sebab saya ni tak boleh minum coffee teh je saya bedal. Sambil tu makan supplement Lecithin 1200mg, Natural E 2 capsul dan soluble vitamin C 500mg.

Sepanjang hari minum banyak air kosong.

Untuk dinner saya amalkan Herbalife. Usaha untuk maintainkan weight dan bentuk badan. Saya minum soluble vitamin C 500mg. Makan EPO jugak sebelum tido.

Kadang-kadang rasa beban jugak banyak benda nak buat or makan. Tapi dengan cara ni saya punya kulit lebih bersih dan cerah dari jerawat dan bekas jerawat. Bila orang anggap saya 10 tahun lagi muda, sangat berbaloi kesusahan ini.

P/s: Ya Allah, kurniakanlah aku tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang. Amin!

XoXo: Firuz


Slimming

Kalau dulu masa kecik-kecik saya selalu tengok permaisuri agak berisi sikit. Bukan bersikap jugemental orang yang berbadan gempal tidak cantik. Tapi menekankan tahap kesihatan. Sebagai preparation untuk jadi permaisuri ni saya pun cuba la untuk kelihatan fit. Habis bakal raja pun saya paksa amalkan ni. 

Saya amalkan Herbalife Formula 1. Dah banyak orang dah yang saya rekemenkan. Dan alhamdulillah mereka menyatakan ianya berkesan. Jadi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan Herbalife, ada apa-apa keraguan atau nak tahu tips-tips, boleh email saya.

XoXo:Firuz

Petua Kecantikan

Kalau berduit boleh la minum sarang burung. Tapi kalau kurang berduit boleh cuba ni.


Nama dia white fungi. Atau cendawan putih. Boleh dapatkan di supermarket.Kalau kat sense (kedai ubat cina) pun boleh beli. Sebelum rebus basuh bersih-bersih. pastu rebus. Campur dengan buah lai atau pear cina. Rebus sampai fungi tu lembut.

Dah rebus, minum air rebusan. InsyaAllah kalau amalkan selalu kulit akan muda remaja. Cuba lah!

XoXo: Firuz

Dong Yi

Source: MBC
Bukan nak cakap pasal cerita ni. Tapi nak cakap pasal kecekalan hati perempuan ni. Budi baik akhlak dia sangat di kagumi. Tidak berburuk sangka. Dan tidak menganiaya orang lain. Rasanya wujud lagi ke orang macam dia ni? Saya harap saya dapat jadi permaisuri macam dia.

XoXo:Firuz

Cat Eye

Saya tak minat sangat cat eye make up. But lepas melopong tengok Om Shanti Om, terus terpukau dengan make up dia. 

Source: Google
Fokus kat mata dia. Saya sangat terpukau...Tak nampak over sangat. Nampak cool-cool je. Suka-suki...

XoXo: Firuz