Kad jemputan penting kerana merupakan medium perantaraan untuk menjemput dan memberitahu kenalan, keluarga dan orang sekeliling. Zaman sekarang dah banyak option kad jemputan di pasaran. Ada yang mahal dan ada yang murah. Selain yang di pasaran ada yang sanggup DIY kad jemputan sendiri. Tahukah anda tak semua DIY-ers kad untuk menjimatkan kos. Ada di antara mereka yang DIY kad untuk citarasa dan kepuasan diri sendiri.
Kalau mengDIY kad jemputan menjadi pilihan anda, ada beberapa tips yang anda perlu konsider.
1. DIY kad sekiranya anda seorang yang enjoy ber-DIY. Kalau tidak enjoy jangan sesekali nak try...Just bayangkan kerja remeh temeh yang perlu dilakukan.
2. Dapatkan pertolongan bridesmaid atau ahli keluarga. Best bila buat kerja bila ada yang teman. Jadi tak salah kalau nak ajak orang tolong kita berDIY.
3. Pilih design yang simple. Jangan terlalu remeh temeh. Nanti jenuh nak siapkan.
4. Pastikan jemputan tak terlalu ramai sekiranya nak DIY kad jemputan. Bayangkan kalau anda terpaksa membuat 2000 keping kad.Penat bukan?
5. Start DIY kad seawal yang mungkin. Jangan start telalu lewat. Takut nanti anda stress nak siapkan kad.
Selamat berDIY kad jemputan.
P/s: Baru-baru ini saya terima kad jemputan yang diDIY sendiri. Comel sangat.
XoXo: Firuz
kite separa DIY. mula2 plan nak DIY jugak tapi sebab ada member buat bisnes printing. hantar printing je dekat dia~
ReplyDeleteBagus juga macamtu.jimat-jimat jugak!
Delete