Metrojaya Sale Shah Alam

Hari ni pergi Metrojaya Sale Shah Alam. Ada sale kat stadium melawati. Tak best sangat la. Saya dah pergi banyak kali sejak 4 tahun lalu. Yang ni sangat tak best. Nak beli lipstick pun macam tak berbaloi. Tapi dapat la juga beli kasut. RM30 je. Kasut kerja. Sebab 50% off. Memang tengah cari kasut. Sebabnya kasut yang sekarang dah hampir parah...

Sambil-sambil tu saya tinjau baju Melayu lelaki. Tak de la murah sangat. RM139 minus 30%...kira sendiri..Saya rasa nak beli baju melayu lelaki nikah kat Mydin je. Baru RM49.90. (Ceh! Belum tunang dah fikir nak kahwin)..Raja pun dah cakap tak nak mahal-mahal. Kalau putih bukannya selalu pakai..Itu kata dia la..Saya dah survey dah yang kat Mydin tu..Boleh tahan kain dan jahitannya..Esok boleh beli...(gelojoh betul!)..

Okeh, berbalik kepada apa yang saya beli di Metrojaya sale. Saya beli wallet, tali pinggang, dan key chain untuk hantaran tunang. Selain itu saya beli seluar khakis dan shirt. Selain itu saya beli minyak wangi lelaki. (kate tadi tak best, tapi borong nampak!)...Hehehe... So sape-sape nak beli barang hantaran sangat digalakkan. Saya beli tadi semua 70%. Shhh...jangan bagi tahu raja saya...hik..hik..Murah-murah pun berjenama tau! Hush Puppies la, Dockers la..Ok la kan untuk orang bergaji macam saya..

Itu je nak cite. So sapa-sapa free, sila la berkunjung ke Stadium Melawati Shah Alam. Dari 4 Julai 2012 hingga 8 Julai 2012. 10 pagi hingga 8 malam...

XoXo: Firuz (Permaisuri ciput low profil)

No comments:

Post a Comment