Saja nak share. Setelah amalkan saya rasa berkesan juga cara ni. Mungkin b2b lain boleh cuba juga. InshaAllah berkesan kepada anda semua. Saya dapat resepi ni dari b2b juga. Jadi benda yang baik kita sebar-sebarkan.
Untuk mendapat kulit yang cerah dan cantik, gebu sebelum hari gemilang atau bila-bila masa sahaja anda boleh mencuba vitamin E dan Vitamin C. Saya tak tahu jenama apa yang b2b tu pakai, tapi saya beli yang murah jer.
Saya beli ccm punya brand vitamin E (TOCO E). Saya ambil 2 capsul sehari. Saya beli jenama ni sebab jenama ni paling murah. Untuk vitamin C saya beli Flavvets yang campur dalam air. Orang cakap Redoxon lagi elok. Tapi harga dia agak pricey. Kalau ade offer baru murah sikit. Bagi saya tak kisah sangat jenama. Asalkan active ingredients dia sama.
Masa mula-mula ambil dua supplement ni, rasa macam seksa juga. Yer la tiap-tiap hari kena makan. Lepas tu saya ada masalah dengan vitamin C. Saya ambil 1000mg sekali sehari. Tekak saya rengsa bila minum vitamin C tu. Saya pergi consult doktor. Doktor cakap sebab saya jenis alergic dengan vitamin C tambahan. Jadi dia suruh saya bahagikan dosage 2 kali sehari. Maknanya sekali makan hanya 500mg sahaja. Alhamdulillah dah tak ada dah rengsa tekak.
Sebulan saya makan dua supplement ni, kulit saya makin lembab. Yang bestnya jerawat dekat dagu dah tak ade. Tu yang best. Ramai juga kawan ofis cakap saya nampak cerah dan muda (okeh...saya dah mula perasan...). Jadi saya rasa dua supplement ni sangat membantu. Lagipun vitamin C bagus untuk immune system. Cuaca sekarang pun tak menentu. Elok kita jaga kesihatan especially bila dah nak dekat-dekat majlis.
So untuk readers yang nak cuba dua supplement ni boleh try sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. Sebab tak tahukan lain orang lain ragamnya.
Selamat mencuba.Siapa dah cuba boleh kongsi-kongsi story kat sini.
XoXo:Firuz
ok, teha nak gi beli jugak..awk beli kat ne ni?..heee
ReplyDeleteSaya beli kat watson atau caring pharmacy je
Delete