Nak order apa-apa tak?

First of all nak minta maaf sebab lambat update and balas comment-comment. Tak tahu busy apa tapi sangat busy. Internet pun baru nak ok.

Kawan saya nak balik dari europe. So ingatkan saya nak pesan la handbag kegemaran saya. Kalau korang nak pesan apa-apa boleh jugak. Dia akan balik pertengahan Disember. Kawan saya cakap dia balik tak bawak apa-apa. So banyak empty space nak sumbat barang. So saya nak pesan barang-barang ni...



Dan of coz yang ni WAJIB! Sebabnya saya suka sangat bag yang ni. Convenience bila pergi shopping  dengan si kecik. Saya dah ada satu. Walaupun canvas, tapi tahan calar. Yer la saya ni jenis kasar. So far bag ni sangat tahan dengan kekasaran saya.


Selain tu saya nak suruh juga dia belikan diaper bag ni..Sangat vogue kan?Sebab saya rasa kalau pergi jauh sikit dengan si kecik tu saya perlukan satu bag yang lengkap. Tak la tertinggal sana sini. (Hari tu dah terkena sebab tu cepat-cepat mencari solution). Tapi yang ni mahal sangat. Tak mampu nak beli...Kalau beli yang ni tak boleh beli yang lain..Huhuhu...


So pilih je la antara 2 ni. ....Tak pe la asalkan jenama ni. HoHohoho...Boleh perasan macam Angelina Jolie....Murah ker? Entah..Kawan saya cakap boleh dapat dalam RM300/-. So saya rasa murah la...Kat Malaysia mahal



Semalam saya meluahkan perasaan saya kat Raja. Pasal baju resepsi tu. Tak sangka pasal baju tu pun saya boleh stress. Bila difikir-fikirkan balik tak berbaloi pun nak stress. So saya cakap dengan Raja, saya nak kahwin je pastu jadi isteri dan ibu yang baik dan solehah. Raja takut saya menyesal. Saya cakap InshaAllah tak. Sebab saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Orang lain ada yang lagi tak mampu dari saya.

P/s: Please doa for Palestin. 

XoXo: Firuz

No comments:

Post a Comment