Saya dapat email dari readers. Jadi saya rasa saya jawab secara terus-terang jer. Sebab saya harap saya cukup ikhlas dan jujur dengan anda semua.
Masa saya kenal Raja, si kecik baru 1 tahun kot. Saya jumpa dia kat taman. And dia peluk kaki saya sebab waktu tu dia baru pandai jalan. Tak nak lepas-lepas. Waktu tu Mak raja yang bela. Dia sangat cute waktu tu. So macam biasa saya layan jer...Saya ingat macam biasa la nenek jaga cucu. Bawak pergi taman main-main. Tapi lepas hari-hari dalam sebulan dua saya dengan sendirinya bertanya kepada mak raja mane mak bapak dia.
Saya pernah nampak raja kadang-kadang teman mak dia dan si kecik di taman. Tapi saya tak pernah tegur dia. Lama-lama kitaorang jadi kawan. Semua sebab mak dia. Lama jugak baru saya tanya pasal wife dia. Sebab macam pelik kenapa raja yang jaga. Bukan wife dia yang jaga si kecik. Sebab budak tu kecik sangat masa saya kenal dia. Kalau korang pun mesti curious jugak kan.
So Raja cerita la yang dia dah cerai dengan wife dia. And wife dia dah kahwin lain. Suami baru wife dia tak nak jaga si kecik ni. Tapi wife dia ada jenguk si kecik. Saya memang tak mahu komen bab ni, sebab ni urusan ibu dan anak. Dan saya tak de niat pun nak ganti tempat ibu si kecik dan suruh si kecik lupakan ibu dia.
Terus-terang saya tak tahu nak rasa macam mane.. Sebab masa mak raja melamar saya, saya fikir macam-macam. Saya fikir boleh ke saya ni jadi ibu kepada budak ni, adil ke saya nanti kalau saya ada anak sendiri. Kalau saya marah dia, dia akan terasa ke?Sebab saya ni seorang lecturer yang sangat garang. Saya marah student. Tegur student kalau buat salah. Tanpa kira diaorang tu anak siapa. So saya tahu saya ni akan marah dia kalau dia buat salah.
Saya ada bincang perkara ni dengan Raja. Tapi Raja cakap dia konfiden dengan saya. Dia tengok macam mane saya layan adik-adik saya. Dia mengaku saya garang macam singa. Tapi dia cakap saya mempunyai kasih-sayang yang terlampau sangat yang dia yakin saya akan sayang si kecik. Dia cakap dia tahu dulu saya selalu tegur si kecik masa kat taman. No sana , no sini. Tapi si kecik tetap sayang saya dan nak dengan saya. Dia cakap dia tak mahu perempuan yang depan dia baik dengan si kecik tapi belakang tak tahu la macam mane.Raja juga cakap yang dia yakin saya boleh bimbing si kecik jadi anak yang baik dan pandai.
Sebab Raja cakap macam tu la saya pun ada keyakinan untuk menerima lamaran mak Raja.
Cuma 4 bulan lepas Mak raja nak tinggal balik kat kampung. So saya tak dapat main lagi dengan si kecik. Weekend lepas first outing kitaorang outside the taman. Macam exciting jugak. Saya tak sangka yang dia pun masih ingat kat saya.
Saya pernah terfikir tak nak anak sendiri. Sebab takut nanti saya berubah hati kat si kecik. Tapi belum pernah bincang dengan Raja. Saya takut sangat sebenarnya kalau berubah hati....Sebab saya tak nak jadi ibu tiri yang jahat.
Saya tahu mesti ada orang yang mengata. Dekat ofis pun sama jer. Yer la saya nak kahwin dengan duda jer. Anak satu pulak tu. Tapi Raja tak tua pun. Beza umur saya dengan Raja cuma 2 tahun. Dan kitaorang belum 30 tahun. Hehehe...Tapi apa kan daya. Jodoh saya mungkin dengan Raja. Kalau itu yang terbaik saya terima jer..
Dan saya sangat berterima kasih dengan keluarga Raja sebab memahami kehendak keluarga saya. Sebab saya anak sulung perempuan. Mesti Ibu dan ayah ada expectation yang lebih untuk wedding saya. Dan keluarga raja sangat caring dalam bab-bab ni.
Panjang dah...So until next update...
XoXo:Firuz
Wahhh... Jarang org yang bersikap jujur mcm awak yunk. Selalu org akan sorok identiti si raja kalau duda dan beranak satu. Tapi awak sangat terbuka untuk share everything. Kagumnya. Tahniah sayang. :) Semoga menjadi ibu yang penyayang kepada si kecik. ^^
ReplyDeleteDah itu jodoh saya. Saya terima. Susah juga nak sorok. Sebab raja tinggi sangat. Hehehe..Mungkin saya tak dela post gambar dia ke. Tengokla kalau diberi keizinan. Sebab saya kena hormat juga dia. Tapi mengenai saya inshaAllah saya akan berlaku jujur.
DeleteLike sangat sangat.....
ReplyDeleteThx..Sbnrnya takut nak baca komen orang..
Delete