Showing posts with label Baby Stuff. Show all posts
Showing posts with label Baby Stuff. Show all posts

Susu oh Susu

Jadi instant mother sangat mengujakan. First, bukan setakat sayang and manjakan dia. Tapi kena pula fikir kebaikkan hal ehwal dia.

Selama ni walaupun saya yang jaga, tapi macam saya continue je apa yang telah diusahakan oleh mak mertua. Yerla, orang tua kan lebih pengalamannya. 

Sama macam pemberian susu. Apa susu yang dibeli oleh Raja, itula yang saya feed dia. Tetapi, setelah officially jadi ibu dia, saya macam biasa la dikategorikan kumpulan mak-mak. Saya banyak baca artikel-artikel pasal anak ni. Ada kawan saya sangat obses pasal anak-anak dia. Apa yang diberi makan, pasal vaksin la and etc. Dan as usual, saya tak la terus termakan kata-kata orang. Mesti la nak research dulu.

Masa saya tengah research la terjumpa pasal susu ni. Nak cari pasal vaksin terjumpa pasal susu.

Baru saya tahu yang WHO (World Health Organization) rekomen penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga umur setahun. Selalu saya dengar sampai 6 bulan. Tapi diaorang tambah yang kalau bagi susu ibu selama sampai 2 tahun lagi baik. 

After setahun, kalau dah tak bagi susu ibu boleh ganti dengan susu fresh (lembu ke, kambing ke, animal source) yang pasteurised atau masak. 1-2 tahun, full cream seelok-eloknya. After 2 tahun boleh tukar dengan low fat milk.  

Dan setelah membaca artikel tersebut, saya sangat rasa sebenarnya saya tak tahu apa-apa. Sebab kat Malaysia selalu sibuk dengan Formula milk. Saya pun tak pernah tengok orang bagi susu kotak kat budak 1 tahun. 

Saya ada baca artikel lain yang kenapa fresh milk better than formula milk because some formula milk ada added sugar.

Dah baca artikel, saya discuss dengan Raja. Raja cakap suka hati saya....Sebab susu ibu memang out la...saya ibu instant. Lagipun budak kecik dah nak masuk 3 tahun. Raja cakap asalkan tak susahkan saya dan baik untuk anak dia, dia takkan membantah.

Hohoho...Saya nak ajar budak kecik minum susu kotak lepas ni....Interesting sikit...Lagipun nak ajar dia tak nak pakai botol lagi...

Sape-sape nak baca artikel tu boleh pegi kat WHO website. Ada dalam guiding principle feeding infant. Dia dalam pdf. Saya tak reti nak attachkan. Hahaha....

XoXo: Firuz


Pregnancy Test

Masih berkira-kira lagi nak buat ke tak nak. Sedangkan bukannya mahal pun. Terukkan saya ni. Sebab rasa macam baru sangat lagi dan malas nak mendepresskan diri jadi kita skip pregnancy test.

Tapi senyap-senyap saya google. Berapa lama lepas bersama boleh cek pregnancy test. Hahahaha...psyko...Setelah meng-Google, baru tahu yang kita boleh test seawal 7 hari selepas ovulasi. Untuk orang yang period 28days and normal cycle senang la. Tapi untuk orang macam saya tak reti nak kira hari ovulasi tu. Sebab cycle saya 35 hari walaupun consistant.Lagi tak yakin nak buat pregnancy test.

So abaikan. Walaupun saya asyik merungut sakit pinggang la...tak selera makan la...seluar dah ketat la....

XoXo:Firuz

Shooo..Shooo.. Malware...

Alhamdulillah... Rasanya malware tu dah tak de...Jadinya saya pun mula balik menulis..Banyak sangat nak cerita dengan korang.

First and for most, tarikh nikah InshaAllah akan dicepatkan. Sepatutnya April kan? Tapi mungkin dalam masa terdekat. Ini sebab, kita orang InshaAllah nak pergi umrah sama-sama dalam akhir Mac. Jadi kalau dah nikah, lagi best kot pergi umrah as husband and wife.

Sebab nak tukar tarikh ni, saya memohon nikah dengan sepantas kilat. Nasib baik tak banyak songeh..Lagipun saya dan Raja dua-dua orang Selangor. Selangor punya permohonan sangat linear. Lagi pun info yang dekat website sangat details. Jadi korang takkan pening kepala. Semua dah settle kecuali permohonan Kadi. Ini kerana biasa la last minit...Jadi kadi tu tak sure tarikh tu boleh ke tak..Saya tengah tunggu keputusan. Yang kelakarnya, saya bagi option kat tuan kadi..A....blaaablaa... B....bla..bla... C.....Bla..bla.... Nasib baik ayah berkenalan rapat dengan tuan Kadi, jadi saya tak la rasa bersalah...Huhuhuu....

So majlis nikah sangat simple. Nak buat sekali majlis aqiqah anak buah. Cerita pasal anak buah, saya baru mendapat anak buah. Anak adik saya. Yang bestnya adik ipar berpantang kat rumah. Yang kurang bestnya saya yang kena jaga budak ni. Adik terpaksa balik tempat kerja dia. Mak adik ipar pula kerja, jadi tak dapat jaga adik ipar saya berpantang. Lama-lama Ibu offer nak jaga adik ipar berpantang. Tapi bila malam, Ibu tak larat nak jaga baby. Jadi saya la jaga..Budak kecik + Baby, sangat memenatkan. Dah la kat tempat kerja saya cukup penat. Dengan tak cukup tido lagi....Dah nak dekat seminggu dah saya jaga baby. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan kaum ibu..Sebab saya rasa macam nak giveup jer..

Tapi sebab dapat dorongan dari Raja, saya teruskan juga..Dan sekarang macam dah biasa sikit. Walaupun saya masih lagi kepenatan. Tapi macam dah boleh grip control. Rutin saya, pergi kerja on the way hantar budak kecik ke tadika. Balik kerja pickup budak kecik dari tadika.. Sampai rumah masak untuk family + orang pantang. Bersihkan si kecik + baby. Makan sama-sama. Gosok baju sekolah dan baju kerja adik-adik. Prepare-kan si kecik + baby untuk tido. Tido....Tapi, Baby bangun setiap 2 jam untuk susu. Saya nak train dia 3 jam sekali. Sebab macam tak larat nak bangun setiap 2 jam. 

All and all saya bersyukur kerana masih lagi boleh berkhidmat untuk family saya. Yer la bukan semua dapat rasa pengalaman seperti ni. Raja selalu cakap, yang pengalaman ni akan ajar saya macam mana nak jadi seorang ibu yang baik pada anak-anak dia nanti. 

Kalau tok kadi dah confirm saya boleh nikah bila, saya bagi tau tau! Ada banyak lagi DIY saya nak update....

XoXo:Firuz

Tutorial: Barut Baby

As requested by many Mom to Be.

First of all minta maafla atas kecacatan diagram/gambar untuk explaination ni. Saya memang looser / failed bab lukis-lukis sama ada secara manual atau grafik.

Mula - mula beli kain. Saya prefer Kamdar sebab banyak range. If korang nak cotton bercorak pun ada jer. Saya punya tips ialah beli yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Kita tak nak tebal sebab takut baby panas. Bare in mind nanti kain tu 2 lapis. Tak nak terlalu nipis sebab takut senang koyak. 

Sekarang buat pattern.Pattern saya suka buat dengan kertas minyak sebab tahan sikit dan tak cepat koyak. 

Pattern

Lukis segi empat tepat 5.5 inci x 20 inci. Saya buat panjang sebab takut baby terlebih besar and boleh pakai sampai besar sikit.Bahagian atas yang lurus. Bahagian bawah yang ada lengkung.

Tandakan tengah-tengah iaitu 10inci dari tepi. Buat satu garisan. 

Dari garisan tengah, kira 3 inci ke kiri dan ke kanan. Tanda kan da buat garisan putus-putus. Jadi in total bahagian lengkung ialah 6 inci.

Di garisan tengah kira 1.5 inci dari bawah dan tanda kan. 

Secara free hand atau guna pinggan, periuk atau apa-apa yang melengkung untuk lukis sebahagian bulatan mengenai tanda 3 inci kanan dan kiri serta 1.5 inci tanda atas dari bawah. 

Di garisan putus-putus, sila tanda kan dari atas1.25 inci di kiri dan kanan. Kemudian dari tanda tersebut tandakan lagi 1.25inci ke bawah dan seterusnya. Jadi anda akan mempunyai 3 tanda di atas garis putus-putus kiri dan 3 tanda di atas garis putus-putus kanan.

Potong pattern yang dilukis segi empat tepat beserta lengkung di bawah.

Kain

Untuk transfer pattern ke kain, mula-mula lipat kain yang depan bertemu yang depan. Maknanya kita lukis pattern atas bahagian belakang kain. Selitkan transfer paper kapur (boleh di dapati di kedai jual alat jahitan) di celah lipatan kain. 

Letak pattern di atas bahagian belakang kain. Di kawasan lipatan JANGAN ada basi/space. Terus ikut pattern. 

Lukis bahagian luar pattern. Make sure korang tinggalkan basi/space antara hujung patern dan kain. Tinggalkan dalam 1cm atau setengah inci. Lukis betul-betul ikut pattern tapi ada basi. Kalau korang beginner boleh lukis betul-betul ikut pattern, pastu guna pita tape dan tanda 1cm / setengah inci dari pattern dan lukis satu garisan lagi luar pattern.

Untuk 6 titik yang di atas garisan putus-putus tu korang tekan guna pensil atau sebagainya. Sebab dah letak tracing paper kapur kan? So automatically akan ade tanda dekat atas bahagian depan kain. Penting tau sebab tanda ni untuk tali.

Pastu potong kain di garisan basi bukan pattern.


Nampak yer gambar di atas. di kawasan berlipat taka ada basi/space. 

Jahit.

Mula-mula kita kena jahit tali. Tali ni saya beli kat kedai jahit. Saya beli yang lebar dia 1cm. Saya potong tali tu 17inci panjang. Kita perlukan 6 tali untuk satu barut. 

Lipat salah satu hujung tali dalam setengah inci dan jahit di atas tanda garis putus-putus yang bertanda tu. Kalau ikutkan jahitan tali di bahagian hadapan kain.

Jahit ke -enam-enam tali di atas tanda-tanda yang berbeza.

Setelah siap jahit tali, terbalikkan kain dan jahit mengikut garisan pattern di keliling segi empat tepat. Tinggalkan satu side tidak berjahit untuk menterbalikkan lagi kain.

Setelah terbalikkan, anda akan nampak bentuk barut. Keluarkan bucu-bucu. Kalau nak kemas boleh gosok dengan iron.

Setelah gosok lipat bahagian yang tidak berjahit ke dalam, dan jahit dengan tinggalkan space dalam 0.2cm. Dan sambung jahit keliling barut.

Final touch.: Boleh bakr hujung tali supaya tidak berbulu. Tapi make sure jangan tajam.

Bajet untuk buat ni bawah RM10/- untuk 8 helai barut.

Selamat mencuba! Kalau tak faham boleh email: feeruzstory@gmail.com

XoXo:Firuz






Tempahan Barut Baby Siap!

Alhamdulillah. Dapat siapkan sebelum baby lahir. Dah lama dah ibu baby tempah. Tapi nampaknya saya yang tak berkesempatan nak buat. 8 helai semuanya.


Warna putih semua seperti yang diminta oleh ibu baby. Harap-harap baby selesa pakai barut ni. Dan harap-harap ibu baby puas hati.

Macam mane nak buat?

Tunggu next post okeh?

XoXo: Firuz

Perasaan Jadi Ibu Tiri

Saya dapat email dari readers. Jadi saya rasa saya jawab secara terus-terang jer. Sebab saya harap saya cukup ikhlas dan jujur dengan anda semua.

Masa saya kenal Raja, si kecik baru 1 tahun kot. Saya jumpa dia kat taman. And dia peluk kaki saya sebab waktu tu dia baru pandai jalan. Tak nak lepas-lepas. Waktu tu Mak raja yang bela. Dia sangat cute waktu tu. So macam biasa saya layan jer...Saya ingat macam biasa la nenek jaga cucu. Bawak pergi taman main-main. Tapi lepas hari-hari dalam sebulan dua saya dengan sendirinya bertanya kepada mak raja mane mak bapak dia. 

Saya pernah nampak raja kadang-kadang teman mak dia dan si kecik di taman. Tapi saya tak pernah tegur dia. Lama-lama kitaorang jadi kawan. Semua sebab mak dia. Lama jugak baru saya tanya pasal wife dia. Sebab macam pelik kenapa raja yang jaga. Bukan wife dia yang jaga si kecik. Sebab budak tu kecik sangat masa saya kenal dia. Kalau korang pun mesti curious jugak kan. 

So Raja cerita la yang dia dah cerai dengan wife dia. And wife dia dah kahwin lain. Suami baru wife dia tak nak jaga si kecik ni. Tapi wife dia ada jenguk si kecik. Saya memang tak mahu komen bab ni, sebab ni urusan ibu dan anak. Dan saya tak de niat pun nak ganti tempat ibu si kecik dan suruh si kecik lupakan ibu dia. 

Terus-terang saya tak tahu nak rasa macam mane.. Sebab masa mak raja melamar saya, saya fikir macam-macam. Saya fikir boleh ke saya ni jadi ibu kepada budak ni, adil ke saya nanti kalau saya ada anak sendiri. Kalau saya marah dia, dia akan terasa ke?Sebab saya ni seorang lecturer yang sangat garang. Saya marah student. Tegur student kalau buat salah. Tanpa kira diaorang tu anak siapa. So saya tahu saya ni akan marah dia kalau dia buat salah. 

Saya ada bincang perkara ni dengan Raja. Tapi Raja cakap dia konfiden dengan saya. Dia tengok macam mane saya layan adik-adik saya. Dia mengaku saya garang macam singa. Tapi dia cakap saya mempunyai kasih-sayang yang terlampau sangat yang dia yakin saya akan sayang si kecik. Dia cakap dia tahu dulu saya selalu tegur si kecik masa kat taman. No sana , no sini. Tapi si kecik tetap sayang saya dan nak dengan saya. Dia cakap dia tak mahu perempuan yang depan dia baik dengan si kecik tapi belakang tak tahu la macam mane.Raja juga cakap yang dia yakin saya boleh bimbing si kecik jadi anak yang baik dan pandai. 

Sebab Raja cakap macam tu la saya pun ada keyakinan untuk menerima lamaran mak Raja.

Cuma 4 bulan lepas Mak raja nak tinggal balik kat kampung. So saya tak dapat main lagi dengan si kecik. Weekend lepas first outing kitaorang outside the taman. Macam exciting jugak. Saya tak sangka yang dia pun masih ingat kat saya. 

Saya pernah terfikir tak nak anak sendiri. Sebab takut nanti saya berubah hati kat si kecik. Tapi belum pernah bincang dengan Raja. Saya takut sangat sebenarnya kalau berubah hati....Sebab saya tak nak jadi ibu tiri yang jahat.

Saya tahu mesti ada orang yang mengata. Dekat ofis pun sama jer. Yer la saya nak kahwin dengan duda jer. Anak satu pulak tu. Tapi Raja tak tua pun. Beza umur saya dengan Raja cuma 2 tahun. Dan kitaorang belum 30 tahun. Hehehe...Tapi apa kan daya. Jodoh saya mungkin dengan Raja. Kalau itu yang terbaik saya terima jer..

Dan saya sangat berterima kasih dengan keluarga Raja sebab memahami kehendak keluarga saya. Sebab saya anak sulung perempuan. Mesti Ibu dan ayah ada expectation yang lebih untuk wedding saya. Dan keluarga raja sangat caring dalam bab-bab ni. 

Panjang dah...So until next update...

XoXo:Firuz


Pengalaman Menjadi seorang Ibu tiri

Punya la excited nak bagi tau korang.(macam la korang nak tahu sangat kan?). Semalam jalan-jalan dengan raja dan si kecik. Awal pagi seawal pukul 8.30 pagi raja dah pickup kat rumah saya. So kitaorang straight pergi kindergarten. Semalam ada open day untuk next year intake.

Masa mula-mula saya masuk kereta saya sapa la si kecik tu. Dia senyum malu-malu. Saya pun malu jugak. Hehehe...Bila dah sepuluh minit, dia datang dekat saya. Pegang-pegang tudung saya. Saya  tanya nak apa..Dia tunjuk pangku saya. Saya tanya dia nak duduk ke? Dia senyum sambil angguk-angguk..Saya pun angkat dia atas pangku saya.Sepanjang perjalanan dia duduk atas pangku saya.

Sampai kindergarten saya turunkan dia. Seronok dia tengok sekolah. Saya pun excited...So kitaorang berconsultation la dengan principle kindergarten. Principle terangkan dengan bersungguh-sungguh. Saya senyap je. Si kecik pun senyap. Siap menguap-nguap si kecik. Principle tu sungguh membosankan. Raja je yang bersungguh-sungguh mendengar. Saya paling terkejut tengok harga. Walaupun dah tolak processing fees, sangat mahal kot. Seribu lebih untuk starting dan bulan-bulan RM350/-. Masalahnya budak tu baru nak masuk 3 tahun.

Dalam kereta Raja tanya pendapat saya. Saya cakap ikut la...Tapi terus-terang saya cakap macam tak worth it. Sebab budak baru nak masuk 3 tahun. Korang bayangkan 3 tahun tahu apa la sangat. Saya faham seorang ayah mesti nak yang terbaik untuk anak dia. Tapi kalau hantar dia sekolah plus programme macam-macam, budak tu macam tak de life. Saya suruh je dia hantar vital years programme kalau nak anak dia belajar sangat. Raja cakap dia fikir lagi...

Selepastu kitaorang pergi Mid Valley. Puas jugak berjalan. Budak 2 tahun sangat aktif. Penat saya kejar dia. Dan secara automatik kalau dia nakal yang ngada-ngada saya marah dia. Saya terlupa yang dia belum jadi anak saya lagi. Sepanjang perjalanan di shopping kompleks saya belajar beberapa perkara. First bag bagpack atau messenger sling adalah paling sesuai sekali. Shoulder bag is a no-no. Nak tahu kenapa? bayangkan kalau korang semua kena kejar budak pastu dokong dia. Sangat leceh kalau guna shoulder bag. Nasib baik saya guna bagpack Longchamp. Walaupun bagpack Longchamp tak besar sangat tapi muat-muat jer barang-barang si kecik ditambah dengan barang-barang saya.

Saya ingat masa saya dah marah si kecik dia dah tak mahu kat saya lagi. Tapi sangkaan meleset. Masa nak balik dia melalak macam orang separuh gila. Nak mummy...Nak mummy. Penat jugak Raja pujuk...Akhirnya dia tertido sebab penat nangis.

Kesian pulak saya dengar. Itu jer saya nak cita kat korang...Thanks for reading...

XoXo:Firuz

Takotnya...

Hari Sabtu hari penting. Ada date dengan Raja. Termasuk la si kecik....Raja pun nak bawa saya gi open day pottential kindergarten si kecik. Saya risau sangat. Sampai tak boleh tido. Siap google apa yang perlu dibawa. Yer la... Nak jadi Ibu mithali ni (walaupun hakikatnya hanya ibu tiri nanti)


 The essentials

Diapers
One for each hour you'll be out, plus a few extra – just in case.
Wipes
You can stick ten or so in a plastic bag if you're not going out for long. Wipes are perfect not just for diaper changes, but also for sticky hands and dirty surfaces.
Hand sanitizerFor cleaning your hands after diaper changes when there's no time or place to wash them.
Changing pad 
Many diaper bags come with a reusable changing pad, or you can buy one separately. Some parents like the disposable ones for traveling. A hand towel from home will also do.
Plastic or biodegradable bagsFor storing soiled diapers, clothes, and baby blankets. Just make sure your child can't get to them, since plastic bags (including the biodegradable versions) pose a suffocation risk.
Bottle(s) of formula or expressed breast milk if you're bottle-feeding
Snacks (for older babies and toddlers)Depending on the age of your child, this could include a jar of baby food and a spoon, or finger foods. Bring a few bibs as well.
Sippy cup of milk, water, or juice (for toddlers)
Blanket
You can use it to cover your baby or as a changing pad, nursing cover, bib, shade, or burp cloth.
Extra clothes for your childYou never know when spit-up, drool, spills, or poop explosions will necessitate a change of clothing.
Pacifier (if your child uses one) or other comfort item
Sunscreen or a hat to protect your child from the sun
Emergency informationMake sure you have the phone numbers of your family's doctors programmed in your cell phone and health insurance cards in your wallet. You may also want to fill out this emergency contacts worksheet and take a copy with you.

The extras

Diaper rash creamSample sizes often work well and take up less space.
Tissues
Nail clippersYou never know when your little one will doze off and give you the perfect opportunity to clip those tiny nails.
Camera
Moments worthy of capturing can happen anywhere!
Nursing coverFor breastfeeding in public, these fabric drapes cover your chest and give more privacy than the basic blanket-over-the-shoulder approach.
Breast pads for nursing momsSlip these in your bra to absorb breast milk leaks.
Sling or wrap for carrying your babyEven if you're heading out with a stroller, you may prefer to park it and transfer your baby to a hands-free carrier if you're headed someplace crowded.
Toys, board books, and crayons and coloring pages or paperChoose toys based on your outing and your child's age. A toddler going to a restaurant often requires a lot of entertaining distractions, while a 4-month-old may be happy with one rattle.
First-aid kitYou may want to include adhesive bandage strips, antibiotic cream, pain reliever, and other first-aid supplies.

Necessities for Mom

If you're not carrying a separate purse, make sure to pack your essentials, too! These may include:
Wallet
Keys
Cell phone
Sunglasses
Pen and paper
Snacks, mints, or gum
Bottle of water or other drink
Book or magazine
New shirt in case of spit-up or a spill

Diaper bag tips

  • A waterproof lining makes life easier when spills occur.
  • Multiple compartments can keep your items organized and easy to find.
  • Prevent leaks by packing medicines and snacks in resealable plastic bags.
  • Save time by packing similar items together, such as clothing, in a resealable bag.
  • Consider buying two diaper bags – a small one for quick trips and a larger one for longer outings. Some parents keep a basic diaper bag or changing supplies in the car at all times.
  • Try diaper bags on for size. No one bag is comfortable and convenient for everyone. 
  • Sometimes the best diaper bags are those that are designed for other purposes, such as tote bags or backpacks.  If you don't find something you think will work well for you, broaden your search.


Semua ni dipetik dari www.babycenter.com.



So ada can la nak guna B.Box baru.Tapi muat ke bag saya ni? Aiyoooo....banyak betul nak kena fikir. Susah juga nak jadi seorang ibu. Sebab tu kita patut menghargai ibu kita. Wish me luck!

XoXo:Firuz

B.Box for birthday gift

Alhamdulillah hari ni genap 2# tahun (Umur saya rahsia tau!Tapi kalau korang terer korang boleh teka..)saya hidup dalam dunia ni. Saya sangat bersyukur sebab Allah masih sayangkan saya. Allah bagi famili yang menyayangi. Kawan-kawan yang bantu-membantu. Tak lupa juga bloggers yang tidak putus memberi idea dan pendapat. Dan tidak lama lagi InshaAllah saya akan dapat teman hidup dan keluarga sendiri.

First sekali yang wish saya ialah adik kesayangan. Dia memang tiap-tiap tahun pun menjadi orang yang first sekali wish saya. Terima kasih adik. 

Tapi first present this year saya dapat dari best friend saya. Nabila baru balik oversea. Dia belikan saya present. Dia cakap sesuai untuk saya. Nak tahu apa dia?


Mesti korang wondering apa benda ni. Ni nama dia B.Box Baby box. Benda ni sebenarnya tempat letak diapers + wet tissue dan dia ada juga mat yang sangat cute. Saya pun tak tahu apa yang sesuai untuk saya. Sebab anak raja dah nak masuk 3 tahun next year. Dia dah toilet training. So bila kat luar je pakai diaper. Sesiapa yang tak tahu, saya nak bagi tahu yang saya akan jadi mummy instant nanti. By the way Nabila, thanks for the gift. 

Mari kita lihat feature benda ni.


See.Korang nampak? Ada tempat baby wipes and changing mat. Pastu boleh letak diaper jugak. Bagi saya benda ni sesuai untuk baby to 2 years kot. Sebab kalau dah besar dia dah boleh pergi toilet jer. Tapi boleh juga letak kain dengan baju spare dalam benda ni. Berguna jugakkan? Yang paling saya suka dengan benda ni ialah sebab dia boleh fit in dalam handbag saya yang macam sampah tu...And tak perlula saya bawak beg diaper yang macam beg laptop tu ke hulu ke hilir. (I still prefer my Longchamp okeh..)

Huhu..huhu...dah makin suka dengan benda ni. Walaupun masa dapat sangat blur...

Have a nice day everyone!

XoXo:Firuz