Tutorial: Barut Baby

As requested by many Mom to Be.

First of all minta maafla atas kecacatan diagram/gambar untuk explaination ni. Saya memang looser / failed bab lukis-lukis sama ada secara manual atau grafik.

Mula - mula beli kain. Saya prefer Kamdar sebab banyak range. If korang nak cotton bercorak pun ada jer. Saya punya tips ialah beli yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Kita tak nak tebal sebab takut baby panas. Bare in mind nanti kain tu 2 lapis. Tak nak terlalu nipis sebab takut senang koyak. 

Sekarang buat pattern.Pattern saya suka buat dengan kertas minyak sebab tahan sikit dan tak cepat koyak. 

Pattern

Lukis segi empat tepat 5.5 inci x 20 inci. Saya buat panjang sebab takut baby terlebih besar and boleh pakai sampai besar sikit.Bahagian atas yang lurus. Bahagian bawah yang ada lengkung.

Tandakan tengah-tengah iaitu 10inci dari tepi. Buat satu garisan. 

Dari garisan tengah, kira 3 inci ke kiri dan ke kanan. Tanda kan da buat garisan putus-putus. Jadi in total bahagian lengkung ialah 6 inci.

Di garisan tengah kira 1.5 inci dari bawah dan tanda kan. 

Secara free hand atau guna pinggan, periuk atau apa-apa yang melengkung untuk lukis sebahagian bulatan mengenai tanda 3 inci kanan dan kiri serta 1.5 inci tanda atas dari bawah. 

Di garisan putus-putus, sila tanda kan dari atas1.25 inci di kiri dan kanan. Kemudian dari tanda tersebut tandakan lagi 1.25inci ke bawah dan seterusnya. Jadi anda akan mempunyai 3 tanda di atas garis putus-putus kiri dan 3 tanda di atas garis putus-putus kanan.

Potong pattern yang dilukis segi empat tepat beserta lengkung di bawah.

Kain

Untuk transfer pattern ke kain, mula-mula lipat kain yang depan bertemu yang depan. Maknanya kita lukis pattern atas bahagian belakang kain. Selitkan transfer paper kapur (boleh di dapati di kedai jual alat jahitan) di celah lipatan kain. 

Letak pattern di atas bahagian belakang kain. Di kawasan lipatan JANGAN ada basi/space. Terus ikut pattern. 

Lukis bahagian luar pattern. Make sure korang tinggalkan basi/space antara hujung patern dan kain. Tinggalkan dalam 1cm atau setengah inci. Lukis betul-betul ikut pattern tapi ada basi. Kalau korang beginner boleh lukis betul-betul ikut pattern, pastu guna pita tape dan tanda 1cm / setengah inci dari pattern dan lukis satu garisan lagi luar pattern.

Untuk 6 titik yang di atas garisan putus-putus tu korang tekan guna pensil atau sebagainya. Sebab dah letak tracing paper kapur kan? So automatically akan ade tanda dekat atas bahagian depan kain. Penting tau sebab tanda ni untuk tali.

Pastu potong kain di garisan basi bukan pattern.


Nampak yer gambar di atas. di kawasan berlipat taka ada basi/space. 

Jahit.

Mula-mula kita kena jahit tali. Tali ni saya beli kat kedai jahit. Saya beli yang lebar dia 1cm. Saya potong tali tu 17inci panjang. Kita perlukan 6 tali untuk satu barut. 

Lipat salah satu hujung tali dalam setengah inci dan jahit di atas tanda garis putus-putus yang bertanda tu. Kalau ikutkan jahitan tali di bahagian hadapan kain.

Jahit ke -enam-enam tali di atas tanda-tanda yang berbeza.

Setelah siap jahit tali, terbalikkan kain dan jahit mengikut garisan pattern di keliling segi empat tepat. Tinggalkan satu side tidak berjahit untuk menterbalikkan lagi kain.

Setelah terbalikkan, anda akan nampak bentuk barut. Keluarkan bucu-bucu. Kalau nak kemas boleh gosok dengan iron.

Setelah gosok lipat bahagian yang tidak berjahit ke dalam, dan jahit dengan tinggalkan space dalam 0.2cm. Dan sambung jahit keliling barut.

Final touch.: Boleh bakr hujung tali supaya tidak berbulu. Tapi make sure jangan tajam.

Bajet untuk buat ni bawah RM10/- untuk 8 helai barut.

Selamat mencuba! Kalau tak faham boleh email: feeruzstory@gmail.com

XoXo:Firuz






4 comments:

  1. oh! thx firuz :)
    nak refer entry ni nnt (bila memerlukan satu hari nnt) haha :D

    thank u!

    ReplyDelete
  2. heee ...thanx2
    boleh refer nnt ..
    in future ...

    ReplyDelete