Shooo..Shooo.. Malware...

Alhamdulillah... Rasanya malware tu dah tak de...Jadinya saya pun mula balik menulis..Banyak sangat nak cerita dengan korang.

First and for most, tarikh nikah InshaAllah akan dicepatkan. Sepatutnya April kan? Tapi mungkin dalam masa terdekat. Ini sebab, kita orang InshaAllah nak pergi umrah sama-sama dalam akhir Mac. Jadi kalau dah nikah, lagi best kot pergi umrah as husband and wife.

Sebab nak tukar tarikh ni, saya memohon nikah dengan sepantas kilat. Nasib baik tak banyak songeh..Lagipun saya dan Raja dua-dua orang Selangor. Selangor punya permohonan sangat linear. Lagi pun info yang dekat website sangat details. Jadi korang takkan pening kepala. Semua dah settle kecuali permohonan Kadi. Ini kerana biasa la last minit...Jadi kadi tu tak sure tarikh tu boleh ke tak..Saya tengah tunggu keputusan. Yang kelakarnya, saya bagi option kat tuan kadi..A....blaaablaa... B....bla..bla... C.....Bla..bla.... Nasib baik ayah berkenalan rapat dengan tuan Kadi, jadi saya tak la rasa bersalah...Huhuhuu....

So majlis nikah sangat simple. Nak buat sekali majlis aqiqah anak buah. Cerita pasal anak buah, saya baru mendapat anak buah. Anak adik saya. Yang bestnya adik ipar berpantang kat rumah. Yang kurang bestnya saya yang kena jaga budak ni. Adik terpaksa balik tempat kerja dia. Mak adik ipar pula kerja, jadi tak dapat jaga adik ipar saya berpantang. Lama-lama Ibu offer nak jaga adik ipar berpantang. Tapi bila malam, Ibu tak larat nak jaga baby. Jadi saya la jaga..Budak kecik + Baby, sangat memenatkan. Dah la kat tempat kerja saya cukup penat. Dengan tak cukup tido lagi....Dah nak dekat seminggu dah saya jaga baby. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan kaum ibu..Sebab saya rasa macam nak giveup jer..

Tapi sebab dapat dorongan dari Raja, saya teruskan juga..Dan sekarang macam dah biasa sikit. Walaupun saya masih lagi kepenatan. Tapi macam dah boleh grip control. Rutin saya, pergi kerja on the way hantar budak kecik ke tadika. Balik kerja pickup budak kecik dari tadika.. Sampai rumah masak untuk family + orang pantang. Bersihkan si kecik + baby. Makan sama-sama. Gosok baju sekolah dan baju kerja adik-adik. Prepare-kan si kecik + baby untuk tido. Tido....Tapi, Baby bangun setiap 2 jam untuk susu. Saya nak train dia 3 jam sekali. Sebab macam tak larat nak bangun setiap 2 jam. 

All and all saya bersyukur kerana masih lagi boleh berkhidmat untuk family saya. Yer la bukan semua dapat rasa pengalaman seperti ni. Raja selalu cakap, yang pengalaman ni akan ajar saya macam mana nak jadi seorang ibu yang baik pada anak-anak dia nanti. 

Kalau tok kadi dah confirm saya boleh nikah bila, saya bagi tau tau! Ada banyak lagi DIY saya nak update....

XoXo:Firuz

3 comments:

  1. wah.. gigihnya firuz.. bagus2.. :)

    ReplyDelete
  2. whoaa...best nye pegi umrah sesame.

    all the best dear~

    ReplyDelete
  3. yeay dah x de malware.
    boleh melawat sesuka hati.
    hehe.

    this is for you to practice to be mom soon.
    practice make perfect aite.
    jgn merungut k. this is good what.
    ada chance nk jaga baby kecil dan bangun setiap 2 jam. boleh jadi mom mithali ni nanti. hehe.

    ReplyDelete