Petua Kempiskan Perut.

Petua la sangat. Tapi kiranya ini adalah attempt yang agak berjaya dari mana-mana attempt yang saya pernah cuba. 

Saya ni tak de la gemuk sangat (sedapkan hati sendiri). Tapi gemuk la juga compare tu masa belajar dulu. So teringin la kurus macam dulu. Tinggi saya 163cm. Berat saya 53kg. Tak gemuk kan? Sebab BMI jatuh paras normal. Tapi dulu bodoh sikit. Nak sangat melidi macam dulu. So sungguh-sungguh kuruskan badan. Konon nak kurang 5kg. Dan ingat masalah utama iaitu perut boncit akan turun kalau saya turunkan berat badan.

Saya makan Herbalife F1. Alhamdulillah saya berjaya turunkanla 5kg tu dalam sebulan. Tapi masalah utama still ada iaitu perut boncit. Google sana...google sini...semua cakap kena buat sit up, jaga cara makan, dan juga jaga pemakanan. Tapi saya ni malas sikit nak buat sit up. Yer la... Nampak senang kan? Tapi susah sangat kot. Ada orang kata lama-lama senang la. Tunggu la bila rasa nak senang buat sit up tu....

Saya ada tanya coach Herbalife. Dia suggest saya ambil tea mix dan Omega 3 Herbalife. Tapi dengan keadaan duit yang sangat ciput sekarang ni, saya terpaksala hold dulu niat nak membeli Herbalife. Saya tak mampu. Tapi kalau anda mampu sila cuba. 

Dengan semangat nak turunkan perut boncit ni, dan ilmu pharmacology, saya membuat hypothesis (setelah research mengresearch yer kawan-kawan).

Hypothesis: Pengambilan Omega 3 boleh kurangkan 'belly' fats.

Theory: Omega 3 ni good fats. Dia tingkatkatkan blood flow dan mengurangkan penyimpanan atau penternakan lemak di dalam badan dengan meransang enzyme yang memetabolizekan fats.

Cara-Cara: 
Satu: Saya makan Blackmore Omega Active. Saya beli kat caring Pharmacy dengan harga RM67/- Saya rasa waktu tu promo kot. Sebab kat Watson jual RM97/-. Dari segi komposisi atau strength EPA dan DHA, Blackmore Omega Daily ni lagi kuat dari Omega 3 Herbalife. Kalau ikutkan Omega 3 Herbalife equal to Blackmore Fish Oil. Tapi disebabkan masa coach tu advise saya dia cakap saya kena makan banyak kapsul, so 2 biji Blackmore Active ni lebih kurang 4 biji Omega 3 Herbalife. Saya ambil selepas makan tengah hari dan selepas makan malam. Disarankan Omega 3 tak boleh diambil lebih dari 3g total satu hari.

Dua: Untuk pagi selepas sarapan saya amalkan teh yang lawaskan perut. Korang boleh jer beli apa-apa brand yang korang mampu. Asalkan original dan di approve oleh KKM okeh...

Tiga: Masa berjalan (kalau ingat la) korang cuba ketatkan perut. Tak kisah la masa tengah shopping ker...Tengah nak pegi toilet ke atau masa berlegar-legar di ofis, cuba jalan sambil ketatkan perut. Tak tahu ketatkan perut macam mana?Dengan tarikkan perut ke dalam mendekati tulang belakang. Entah...Saya pun tak tahu nak terangkan guna perkataan macam mana. Tapi macam tarik nafas la.

Empat: Yang ni cara yang sangat berdisiplin. Sebab kena kira kalori makanan. Sangat lecehkan? Nak buat macam mana.Saya lagi suka kira - mengira dari sit up. Korang nak tahu tak yang nasi satu mangkuk mempunyai kalori yang lebih tinggi dari satu burger McD. Just pegi mana-mana website yang boleh kira keperluan kalori anda. Then setiap kali makan, kira secara ala kadar jer total kalori yang dah masuk mulut. Jangan melebihi kadar kalori keperluan tau. Kalau tak sure makanan tu berapa kalori, just google jer.

Dan akhirnya tawakal la kepada Allah semoga Allah memudahkan segala urusan.

Selamat mencuba!

P/s: Saya bukan berniat nak menjatuhkan bisnes siapa-siapa. Cuma memberikan alternatif kepada orang yang ingin mencuba tapi tak ada bajet macam saya.

XoXo: Firuz



7 comments:

  1. heeee..thnk uuu..teha nak tryyy:))

    ReplyDelete
  2. wahh..bgusnye. sgt detail..linda pun malas nk kire2 kalori tu, tp nasik memng menggemukkan. Ngah usaha nk turunkn berat bdan jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita bersama-sama mendapatkan badan yang slim menyelim. =)

      Delete
  3. kita punye badan lebih kurang je.. berat n tinggi sama.. =) tenkiu firuz for sharing.. =)

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing..pg td tgk cermin, mak ai, perut dh terjuih ke depan ni..nasibbaik pki bj hitam, tak la obvious sgt..waaaa sgt2 risau

    ReplyDelete