Comel tak layout baru? Yes this October should be pink ribbon month. Semua pun tahu kan pink ribbon tu maksud dia apa..Betul tu...Breast Cancer awareness.
So nak story mory la kat korang. 3 years ago..waktu tu umur saya early 20s la..Satu ketika saya terasa macam benjolan di payudara kanan. Tak de la besar sangat. Around 2cm. Yer la breast saya pun tak de la besar sangat. Waktu rasa tu saya gelabah tuhan je yang tahu. Dah la tu hari tu hari ahad. Klinik kebanyakannya tak buka pun. So dengan nekadnya saya nak pergi klinik juga esok pagi-pagi. Siap sms je supervisor nak EL. Tak kisah la potong gaji ke tak. Yang penting nak jumpa doktor juga.
Esoknya saya pergi ke klinik biasa. Sebab saya ada company medicl card, jadi saya pergi la private klinik je. Doctor tu advise refer saya pergi specialist. Tuhan jer tahu perasaan saya waktu tu. Waktu tu single lagi. So tak boleh nak berkongsi dengan sape-sape. Nak bagi tahu Ibu, macam teragak-agak. Saya tanya doctor tu nak jumpa specialist kat mane yang okey..doctor cakap Hospital Putrajaya bagus. Sebab in-case benda yang paling buruk berlaku, they have the best specialist for breast cancer.
Hari tu jugak saya pergi buat appointment. Tahula hospital kerajaan. Bukan boleh walk-in jer. Nak jumpa doctor kena buat appointment dulu. Appointment pula bukan the next day. 2-3 minggu lepas tu. Saya takut sangat. Yer la..Early detection have higher percentage to cure.
Nak tunggu 3 minggu tu, tiap-tiap hari la saya belek benjolan tu. Sampai kadang-kadang sakit breast saya. Tiba masa jumpa doctor banyak test dia buat. Sampai satu hari. Penat sangat. Yang saya paling takut buat biopsi. Syringe dia besar sangat. Menggerunkan. Untuk tahu result lagi 3 minggu appointment doctor. Saya layankan aje..
Alhamdullillah result menunjukan hanya cyst sahaja. Dan doctor cakap, non-cancerous.Syukur sangat kepada Allah. Dan dari itu juga, saya belajar cara nak examine breast sendiri selain ada check-up kat hopital every 3 months. Ini adalah langkah untuk early detection kalau -kalau ade ketumbuhan lagi.. Kita tak mahu...Tapi mana tahu Allah nak uji kita...Kita pun tak tahu kan?
XoXo: Firuz
No comments:
Post a Comment