Untuk berjalan-jalan around Seoul, saya dan Raja hanya guna subway train. Yer la kami bukannya kaya sangat nak bercuti seperti orang kaya. Raja pun tak ambil tour bagai. Sebab dia cakap dia tak sure saya ni suka macam mana. Jadinya kami yang tentukan kemana kami nak pergi. Atau dengan erti kata lain, SAYA yang tentukan ke mana saya nak pergi.Hahahhaha...
Ini adalah contoh map subway Seoul. Saya rasa ini bukannya yang updated version. Sebab kalau updated ada train dari airport ke Seoul. Tapi untuk reference, boleh jer guna yang ni.
Kalau korang tengok, subway map dia colour coded. Setiap color represent satu line tract. Selalunya untuk destination direction, akan tulis station apa, line apa dan exit apa. Mula-mula saya tak faham kenapa kena tahu exit berapa. Rupa-rupaya satu station ada sekurang-kurangnya 6 exit dan boleh ada sampai 15 exit. Setiap exit keluar di direction berbeza. Cuba tengok gambar dibawah
Korang nampak bulat-bulat kuning yang bernombor? Itulah dia exit-exit satu station. Korang nampak exit 3 dan exit 9 sangat jauh dan lain direction. So kalau destination yang korang nak pergi tu cakap exit 3, silalah keluar station melalui exit 3. Kalau korang keluar kat exit lain bukannya tak boleh, tapi kalau antena koordinasi korang tak berapa baik, mungkin korang akan sesat.
Ticket pula kita boleh beli kat station atau boleh juga guna T-money. T-money ni ala-ala touch n go la. Kalau guna T-money dapat diskaun 10% untuk setiap perjalanan. So lagi menjimatkan. Di bawah adalah contoh T-money kami.
So kalau korang nak pergi Seoul and bajet setakat gitu-gitu boleh consider naik subway. Jangan risau. Dalam subway nama setiap station ditulis dalam rumi dan hangul. Jadi pasti korang boleh baca dan tidak takut sekiranya korang terlepas station.
Satu lagi tips ialah korang mesti tahu nama station yang hujung sekali dan next station dari station korang naik supaya senang korang nak tentukan direction train yang mana korang perlu naik. Contohnya arah Kelana Jaya atau KLCC. Jadi korang takkan naik train yang pergi arah bertentangan.
Dengan menggunakan subway di Seoul, saya dapat jumpa bermacam-macam orang dan boleh tahu macam mana perangai sebenar orang Korea.
XoXo:Firuz
No comments:
Post a Comment