Susu oh Susu

Jadi instant mother sangat mengujakan. First, bukan setakat sayang and manjakan dia. Tapi kena pula fikir kebaikkan hal ehwal dia.

Selama ni walaupun saya yang jaga, tapi macam saya continue je apa yang telah diusahakan oleh mak mertua. Yerla, orang tua kan lebih pengalamannya. 

Sama macam pemberian susu. Apa susu yang dibeli oleh Raja, itula yang saya feed dia. Tetapi, setelah officially jadi ibu dia, saya macam biasa la dikategorikan kumpulan mak-mak. Saya banyak baca artikel-artikel pasal anak ni. Ada kawan saya sangat obses pasal anak-anak dia. Apa yang diberi makan, pasal vaksin la and etc. Dan as usual, saya tak la terus termakan kata-kata orang. Mesti la nak research dulu.

Masa saya tengah research la terjumpa pasal susu ni. Nak cari pasal vaksin terjumpa pasal susu.

Baru saya tahu yang WHO (World Health Organization) rekomen penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga umur setahun. Selalu saya dengar sampai 6 bulan. Tapi diaorang tambah yang kalau bagi susu ibu selama sampai 2 tahun lagi baik. 

After setahun, kalau dah tak bagi susu ibu boleh ganti dengan susu fresh (lembu ke, kambing ke, animal source) yang pasteurised atau masak. 1-2 tahun, full cream seelok-eloknya. After 2 tahun boleh tukar dengan low fat milk.  

Dan setelah membaca artikel tersebut, saya sangat rasa sebenarnya saya tak tahu apa-apa. Sebab kat Malaysia selalu sibuk dengan Formula milk. Saya pun tak pernah tengok orang bagi susu kotak kat budak 1 tahun. 

Saya ada baca artikel lain yang kenapa fresh milk better than formula milk because some formula milk ada added sugar.

Dah baca artikel, saya discuss dengan Raja. Raja cakap suka hati saya....Sebab susu ibu memang out la...saya ibu instant. Lagipun budak kecik dah nak masuk 3 tahun. Raja cakap asalkan tak susahkan saya dan baik untuk anak dia, dia takkan membantah.

Hohoho...Saya nak ajar budak kecik minum susu kotak lepas ni....Interesting sikit...Lagipun nak ajar dia tak nak pakai botol lagi...

Sape-sape nak baca artikel tu boleh pegi kat WHO website. Ada dalam guiding principle feeding infant. Dia dalam pdf. Saya tak reti nak attachkan. Hahaha....

XoXo: Firuz


No comments:

Post a Comment