Seoul:Flight

Honestly, this is the first time saya naik Air Asia. Selama ni tak pernah naik Air Asia. Selalunya naik MAS atau SIA atau Emirates kalau travel mane-mane. Tapi Raja dah beli Air Asia dan ianya adalah surprise honeymoon, why want to complain so much kan?

It was a 6 hours and 45 minutes flight. Tapi pilot tu bawak laju kot. So kitaorang sampai awal. Around 6 hours macam tu. 

Masa pergi flight kitaorang pukul 1 pagi. Seriously saya dah tersengguk-sengguk dah tunggu kapal terbang dekat Gate. Bila nak masuk kapal terbang kena jalan kaki. Unlike kalau naik MAS lalu dalam tube tu...Yang saya tak faham sampai sekarang masa saya nak kuar dari Gate orang tu boleh cakap kapal terbang dekat parking 23. Tapi saya tak nampak pun nombor 23. Saya ikut je penumpang lain pergi mana. Atau mungkin sebab saya ngantuk sangat sampai tak boleh fokus and nampak nombor 23 tu.

Dalam flight, raja yang settle everything. Dari seat sampai la food. Seat was very uncomfortable. Mungkin sebab space kaki sangat pendek, dan flight sangat penuh, so rasa macam suffocate. Kesian lagi Raja. Sebab Raja berkaki panjang. Kalau saya tak selesa, Raja mesti lagi tak selesa. 

Bila kapal terbang dah fly, Raja tanya saya nak tido ke or nak tengok movie. Saya cakap nak tido...Ke kiri, ke kanan saya tak boleh lelapkan mata. Tension la ni... Lama-lama, saya geram, saya angkat armrest between saya and Raja and tido dekat bahu Raja. Yang saya ingat Raja cakap manja pastu saya mimpi apa tah...Tau-tau dah bangun pukul 6 lebih pagi lagi satu jam nak landing....Hahahaha...

Bila bangun, Raja tanya nak makan tak?Mesti la nak...Sebab selama seminggu akan susah mendapat makanan yang halal. Jadi isi perut dulu. Raja ambilkan saya nasi goreng. Saya sangat suka nasi goreng. Tapi malangnya air asia punya nasi goreng tak sedap.Huhuhu...Tapi rezeki kita tak boleh buang. Makan je..Habiskan....

Masa landing, saya tengok keluar tingkap....pelik...pakcik kapten tu sibuk cakap nak landing tapi asal macam tak turun melepasi awan lagi...Tau-tau je tayar dah cecah landasan. Amazing!!! Rupanya itu adalah kabus. Sebab Incheon sangat sejuk...

Untuk flight pulang ke Malaysia, flight kami pagi seawal pukul 9.30 pagi. Dah la dari hotel nak ke airport mengambil masa 1jam setengah. So saya bangun seawal 3 pagi untuk bersiap-siap pulang ke Malaysia. Takut kena tinggal kapal terbang. Yer la...orang cakap Air Asia tak boleh percaya. Kadang-kadang suka-suka delay. Kadang-kadang suka-suka awal. Mati la saya kalau kena tinggal kapal terbang. Sebab the next day nak fly pegi Umrah pulak.

Kitaorang ambil bas pukul 4.30 pagi. Bas paling awal.Alhamdulillah sampai airport sebelum pukul 6 pagi. Tapi kaunter check-in belum bukak. 6.30pagi baru bukak. So kami tunggu sambil minum hot choc. Tapi saya dah ngantuk...Yer la pukul 3 pagi bangun. Pukul 6.30pagi je paksa Raja check-in. Saya cakap kita tunggu kat Gate cepat-cepat. Sebab saya nak tido. Raja layankan aja...Masa check-in sebenarnya terlebih baggage. Tapi orang kat kaunter sangat comel dan baik, dia lepaskan je.extra 3kg...Hehehe..

Saya terus ajak Raja masuk ke Gate. Sampai Gate saya lelapkan mata. Sebab ada 2 jam lagi kot. Saya tak faham Duty-free. Sebab bagi saya price macam mahal je. Bag Longchamp saya lagi murah...So tak terhasut untuk bershopping. Tido macam lagi mengasyikkan dari bershopping. So tido la dalam sejam kot..Bila buka mata, ramai dah passenger lain kat Gate. Saya tengok jam dah pukul 9pagi. Pelik lagi. Kenapa kapal terbang tak bukak-bukak. Abaikan.

Dalam pukul 9.10 pagi, kapten pilot baru muncul untuk bukak kapal terbang. Saya assume akan delay sikit flight. Yer la Kapten baru bukak kapal terbang. 9.15 pagi cabin crew pula datang. Kita semua ni menunggu je la...9.20 pagi passenger pulak masuk kapal terbang. Saya dapat seat tengah aisle. Happy..Sebab spacious sikit. And 9.30 pagi kitaorang take-off. Sejujurnya saya tak pernah naik kapal terbang macam ni. But I guessed Air Asia is one of a kind. 

Untuk balik Raja booked kan Green Thai Curry Chicken untuk saya. Raja cakap Nasi Lemak dia sedap. But....saya tak suka nasi lemak...So saya refuse untuk ambil nasi lemak. Green Thai Curry dia tak la rasa macam Green Thai Curry. Tapi better compared to nasi goreng. Dalam flight saya tido 2 jam, 2 jam. Itu pun sebab makan ubat.

Masa nak landing. Saya tak pernah setakut ni. Kapal terbang menjunam ke bawah dengan kelajuan yang saya boleh rasa. Seumur hidup tak pernah rasa landing seperti ni. First time. Serius!Kalau kapten ni yang jadi pilot, saya memang tak nak naik. Kapal terbang bergelora sampai perut saya rasa 'butterflies'. Bila tayar cecah landasan saya bersyukur sangat masih hidup.

Overall, it was an experience. Saya tanya Raja how much dia spend untuk flight. Dia cakap bawah RM800 sorang. So I was happy because it pays. Walaupun layanan cabin crew tak semewah MH, but it worth the money he spend for me. RM800 tu Raja cakap termasuk makan dan baggage tau.

Nak naik Air Asia lagi? Ermmmmm.....kalau flight less than 6 hours saya boleh tahan kot. Tapi kalau more I prefer normal airlines. Hahahaha......

XoXo,
Firuz

5 comments:

  1. haah dear kalo setakat gi dekat2 ok la :) dija kalo naik air asia pilih menu nasi lemak je, sebab nasi lemak sedap, nasi goreng dia mmg tak sedap :P pic seoul please, bestnya.. umrah sekali jeles org dah gi :)

    ReplyDelete
  2. pergi sabah yg 2jam tu pun rasa rimas yaa amat...
    experience yg xberapa nak best for 1st timer mcm saya ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. takpe syg, ini semua pengalaman. alhamdulillah semuanya selamat. :)

    ReplyDelete
  4. airasia lemas sket tp murah. itu yg best harga murah. hehe.

    ReplyDelete
  5. bestnya gi korea.. lama sungguh tak singgah sini

    ReplyDelete