Resepi:Nasi Ayam

Hari ni dapat masak nasi ayam. Saje nak share resepi cara saya. Tak la sesedap kedai kot. Tapi untuk orang yang on the go memang sempurna. Hehehe...

First rebus ayam dengan bawang merah/besar + bawang putih + halia. Tambah garam dan serbuk sup dalam air rebusan. Bila ayam sudah masak, angkat ayam. 

Basuh beras (saya pakai beras basmathi) dan masukkan air rebusan ayam tadi. Untuk warna kuning yang menarik, saya tambah serbuk kunyit. Lepastu masak guna rice cooker.

Ayam yang telah diangkat tadi dicampurkan dengan kicap manis + kicap masin + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah. Perapkan seketika.

Untuk sambal dia, blender cili merah + cili api + bawang besar + bawang putih + air rebusan ayam tadi + tomato. Bahan yang telah diblender direbus dan campurkan sedikit air asam jawa + garam secukup rasa.

Ayam yang telah diperap, di goreng atau dibakar sehingga berkilat.

Untuk sayur potong timun atau salad. 

Lebihan air rebusan, buat sup. Tumis bawang kecil +bawang putih + buah pelaga + bunga cengkih + bunga lawang. Campurkan air rebusan. Tambah kentang kalau suka. Rebus sehingga mendidih. Tambah garam sekiranya perlu.

Bila semua sudah siap, boleh makan...


XoXo: Firuz

No comments:

Post a Comment